in , ,

Rezeki Tyzo X Xander, Terharu Ditaja Tunai Umrah oleh Haji Jay Ibrahim

“Tenang”. Demikian luahan kesyukuran bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang tiba di Jeddah, malam tadi bagi mengerjakan umrah selama dua minggu.

Tyzo berkata walaupun hanya membuat persediaan dalam tempoh lima hari sebelum berlepas ke Tanah Suci, segala urusannya dipermudahkan.

“Saya mendapat pelawaan ini sekitar seminggu lalu tetapi hanya dua hari kemudian memberikan kata putus disebabkan perlu menguruskan beberapa perkara lain dulu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Haji Hariz dan Haji Jay daripada Jay Ibrahim Al Islam yang hubungi saya dari Mekah pada minggu lalu untuk mengajak saya melaksanakan ibadah umrah.

Menurut Tyzo lagi, pemergian ke Tanah Suci ini adalah kali yang keempat dengan terakhir mengerjakan ibadah tersebut bersama ibunya, Hasnah Shaari, sekitar 11 tahun lalu.

“Syukur dijemput Allah lagi ke Mekah buat kali keempat. Kali terakhir saya datang bersama Allahyarham bonda tercinta pada Februari 2013.

“Ibu saya menghembuskan nafas terakhir dua tahun lalu pada usia 80 tahun membuatkan peluang dapat beribadah sekali lagi di sini sangat besar maknanya buat saya.

“Pelbagai perasaan muncul sebaik menjejakkan kaki lagi di Tanah Suci. Apa pun saya sangat bersyukur dan terharu dengan doa yang dititipkan ramai,” ujarnya.

Sebelum ini wakil agensi pengurusan umrah meninggalkan komen mahu menaja pakej menunaikan umrah kepada Tyzo selepas mengikuti isunya yang ditamatkan kontrak bersama Suria FM.

Ini susulan kontroversi yang tercetus sejak 12 Januari lalu apabila Tyzo memberitahu, kontraknya sebagai penyampai radio ditamatkan tanpa sebab kukuh selain menganggap tindakan tersebut sebagai penganiayaan sehingga meraih respons banyak pihak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perbicaraan Hadanah Fizi & Shakilla Khoriri Ditetapkan Pada 22 Februari Depan

“Kalau Betul Saya Campur Tangan, Kemukakan Bukti,” – Isteri Fizi Ali