in ,

Rezeki ACHEY Menang Lagi RM10,000 di Konsert Kw-4 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Titik peluh Achey membuahkan hasil dengan memenangi hadiah mingguan berjumlah RM10,000 buat kali kedua di Konsert Keempat Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB), 3 Mei lalu, menewaskan lima kumpulan lain iaitu Bocik, Chilok, Kepoh, Sumbu dan Titan. QPBBB yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam turut menampilkan Tomok, Ajak Shiro, Black, Farah Nadia, Radhi OAG, dan Azwan Ali selaku artis jemputan bagi menjayakan persembahan yang bertemakan ‘Kanak-kanak’.

‘Kanak-kanak’ merupakan tema keempat bagi konsert Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang turut menampilkan Puteri Balqish, seorang personaliti cilik ternama negara bersama Fauziah Ahmad Daud selaku juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku juri tetap. Peserta telah dinilai oleh para juri yang mewakili 50% markah keseluruhan, manakala lagi 50% markah adalah berdasarkan undian melalui SMS oleh penonton.

KESERASIAN ACHEY-TOMOK MANTAP

Menurut Achey, selaku juara mingguan malam itu, “Sebaik sahaja mendapat tahu tentang tema ‘kanak-kanak’, saya terus teringat pada Tomok. Saya beranggap bahawa peserta-peserta lain pasti akan menjadi kanak-kanak, jadi saya bawakan Tomok untuk jadikan watak seorang bapa kepada saya, bersesuaian dengan dirinya. Alhamdulillah dengan masa latihan yang terhad, Tomok banyak membantu dalam berkongsi pengalamannya sebagai seorang bapa untuk menghidupkan persembahan saya malam ini.”
“Dengan kemenangan minggu ini sebenarnya membuatkan saya lebih gemuruh kerana penonton dan juri pasti hendakkan sesuatu yang lebih baik pada minggu-minggu akan datang. Oleh itu, minggu akan datang akan menjadi semakin sukar untuk saya.” Ujarya lagi.

Penonton QPBBB boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menaip BBB untuk satu undian atau BBB5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50.

Achey sekali lagi meraih RM10,000 di konsert keempat

QPBBB dihoskan oleh AG Hot FM dan Yana Samsudin dan juga Fizie Hot FM selaku pengacara di belakang tabir. QPBBB turut dimeriahkan lagi oleh penaja utama iaitu Pamoga Qu Puteh. Berlainan dengan program realiti lain, QPBBB menawarkan RM10,000 untuk dimenangi setiap minggu . Hadiah wang tunai RM10,000 ini juga menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berentap hingga ke Konsert Akhir QPBBB bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000!

Penonton juga boleh menilai persembahan para peserta melalui skala dalam talian di www.tv3.com.my/qpbbb. Selain itu, para penonton dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ‘Teka-Teki Kelakar’ dengan memuat naik sebarang teka-teki lucu dalam bentuk teks bergambar di laman sosial Instagram beserta #QuBintang di ruang kapsyen. Pemenang mingguan akan diumumkan semasa konsert mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan diberi hadiah eksklusif TV3.

Ikuti Konsert Mingguan QPBBB pada setiap hari Ahad pada jam 9.00 hingga 10.30 malam. Ikuti juga perkembangan persiapan mereka dalam Spy Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan setiap Jumaat jam 10.00 pagi di TV3 dan portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my).

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marion Caunter Penghias Kulit Majalah GLAM Edisi Mei 2015

Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Peace Yall FM