in ,

Reza Mohammad & Scha Al Yahya dalam KATA KAU

KUIZ HIBURAN TERBARU SEISI KELUARGA!

Setelah beberapa program yang bercorak permainan di Astro berjaya meraih perhatian dan mendapat tempat di hati penonton, Astro sekali lagi membawakan sebuah lagi program bercorak permainan kuiz berunsurkan muzik iaitu Kata Kau yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula 19 Jun 2010, jam 10.00 malam menerusi Astro RIA di saluran 104.

4703209520 29F3Db9192 O | 3

Buat pertama kalinya rancangan ini dihoskan oleh pengacara hebat Reza Mohammad dan digandingkan bersama pelakon terkenal Scha Al Yahya.

Pengurus Saluran Astro RIA; Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Sebagai sebuah saluran yang memaparkan hiburan berterusan, kami tidak mahu terlepas pandang dalam menerbitkan sebuah lagi program hiburan bercorak kuiz permainan yang ringkas dan sesuai ditonton oleh semua golongan lapisan penonton.

Kata Kau merupakan sebuah lagi pertaruhan kami dalam memastikan para penonton setia di saluran ini terus dihiburkan dengan pelbagai jenis genre program. Pemilihan Reza dan Scha selaku pasangan pengacara dilihat amat sesuai dan bertepatan dengan konsep program yang mahu pendekatan segar dan bersahaja.”

Program ini menampilkan selebriti terkenal tanah air bersama pelanggan Astro yang bertuah apabila mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan berentap untuk menjawab pelbagai soalan yang akan dikemukakan.

4703208916 F923B15711 B | 4

Program selama 30 minit ini memaparkan 26 episod termasuk 1 episod khas Raya dan 1 episod khas Merdeka. Antara barisan artis yang akan memeriahkan program Kata Kau ialah seperti Pop Shuvit, Meet Uncle Hussin, Saida, Saerah, Zed Zaidi, Adam AF, Hafiz, Mila, Tomok, Black, Fiz Fairuz, Julia Zigler, Ainul Aishah, Marsha, Anding, Dafi, Edleen, Sherry Ibrahim, Zizan dan ramai lagi.

Pada setiap episod, sebanyak lima jenis permainan akan dimainkan secara rawak. Menariknya juga kuiz ini ialah apabila ia akan mengenkan ‘hukuman’ kepada setiap kumpulan yang kalah.

Di antara cabaran-cabaran yang menanti para peserta ialah meneka tajuk lagu melalui permainan Ringtone Rentong; meneka bahagian korus lagu Rock Melayu dalam permainan Bapak Kapak dan meneka lukisan karikatur penyanyi dan pelakon tanahair melalui Siapa Pulak Ni..? Sementara itu, permainan Ikut Suka Kau! akan menampilkan Salleh Yaakob sebagai Abang Jam yang akan menyanyikan lagu-lagu Melayu versi Inggeris dan lagu-lagu Inggeris versi Melayu. Peserta hanya perlu meneka tajuk lagu dan markah akan diberikan pada setiap jawapan yang betul.

Selain itu, terdapat banyak lagi permainan yang akan digunakan secara rawak seperti Masihkah Kau Ingat?, Video Songsang Baa.., CD Rongak, Ribut Petir Kebabom, Studio Berdengung dan Joget Spontan yang menjanjikan kelainan dan gelak ketawa bagi penonton Kata Kau.

Jangan Lupa saksikan selebriti kesayangan anda menerima “hukuman” dan keletah serta gelagat bersahaja Reza dan Scha dalam program Kata Kau pada setiap hari Sabtu bermula 19 Jun 2010 jam 10.00 malam menerusi Astro RIA di saluran 104.

4703209374 D5Acdaf712 O | 5

4703209132 01Cbae2C4B O | 6

4703208580 1F205C635D O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Inspirasi Muzik Muzik TV3 2010

Ramlah Ram Sahkan Mahu Bercerai