in

Konsert Inspirasi Muzik Muzik TV3 2010

Jun merupakan bulan yang cukup bermakna dan istimewa buat stesen televisyen no.1 negara, TV3 yang kini sedang rancak menyambut ulangtahunnya yang ke-26! Tahniah atas pencapaian dan juga selamat menyambut ulangtahun ke-26 buat TV3. Semoga terus sukses!

Sebagai tanda penghargaan TV3 terhadap sokongan jutaan penonton setianya, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meraikan acara kemuncak sambutan ulangtahun, KONSERT INSPIRASI MUZIK MUZIK yang dibawakan khas secara langsung di Dataran Merdeka pada malam hujung minggu ini jam 8 malam.

Siaran langsung akan disiarkan di TV3 pada jam 9 malam.

Ekoran kejayaan besar semasa anjuran pertamanya pada tahun 2009, KONSERT INSPIRASI kembali dengan barisan artis tanahair yang popular seperti Aizat, Bunkface, Adibah Noor, Noraniza Idris, Hujan dan Faizal Tahir di samping kehadiran para personaliti TV3.

Satu kejutan manis buat para peminat muzik tanahair, kali ini pentas Dataran Merdeka bakal digegarkan dengan penampilan istimewa kumpulan Rock yang pernah menempa nama akhir tahun 80an, GERSANG, buat julung-julung kalinya setelah bertahun lama mengundur diri. Pastinya anda tidak sabar menantikan kemunculan Man Bai, Man Greng, Acis, Kid dan Jojet di Konsert Inspirasi Muzik Muzik!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rusdi Ramli, Fasha Sandha, Fathil Dani dalam Drama Tersahut

Reza Mohammad & Scha Al Yahya dalam KATA KAU