in

Review Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Menikmati Suasana Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

Berbekalkan lokasinya yang strategik di atas kompleks membeli-belah Sunway Putra Place yang dulu dikenali dengan nama The Mall dan berhadapan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Hotel Sunway Putra KL merupakan sebuah hotel yang paling sesuai didiami sekiranya anda ingin meneroka ibukota metropolitan Kuala Lumpur.

Berhampiran dengan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) serta stesen bas Hentian Putra, hotel gah lima bintang ini juga menawarkan pilihan bilik yang terbaik dengan pemandangan terhebat ibu negara. Di luar jendela anda, pasti dapat melihat Menara Berkembar KLCC serta Menara KL yang tersergam indah.

Exec Suite - Living

Kesemua bilik dan suite hotel ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terbaik. Segalanya menjadi lebih menarik kerana Sunway Putra KL turut menyediakan pangsapuri kediaman (serviced apartments) buat para tamu yang ingin tinggal lebih lama di situ. Unit-unit pangsapuri ini juga mempunyai lebih banyak kemudahan seperti sebuah dapur kecil dan ruangan yang lebih besar.

Yang teristimewa di hotel ini juga adalah bilik-bilik khas Crest yang sangat eksklusif. Bilik-bilik ini mempunyai ruangan daftar-masuk (check -in) serta ruang makan yang berbeza dari para tetamu hotel yang lain. Jika para pengunjung mendaftar masuk di kaunter resepsi utama, penghuni bilik-bilik Crest ada kaunter khas buat mereka sahaja. Malah mereka juga bersarapan di ruangan istimewa buat bilik Crest dan boleh memesan makanan dan minuman di situ sepanjang hari.

Hotel Sunway Putra KL juga terkenal dengan restoran-restoran hebatnya yang menyediakan di antara hidangan paling lazat di ibukota. Antara restorannya termasuklah Coffee House, yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa, Chinese Restaurant untuk masakan Cina yang enak, Gen Japanese Restaurant, restoran Jepun yang mempunyai pilihan makanan Jepun terbaik sambil berlatarbelakangkan keindahan bangunan-bangunan tertinggi Kuala Lumpur, Lobby Lounge, di lobi, serta The Bar, kelab malam popular yang turut menghidangkan makanan selain minuman dan hiburan yang menarik.

Dengan pelbagai kemudahan hotel yang lain seperti kolam renang, dewan khas, gimnasium dan lain-lain lagi, nama serta kehebatan hotel ini benar-benar seperti sebuah legenda kontemporari yang tersemat di tengah ibukota.

Swimming PoolE

Gym

Crest - Bedroom

The Bar

Coffee House

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sungei Wang Plaza’s Springtime Grandeur Celebration 2012

Walimatul Urus Yusry & Lisa