in ,

Review Hotel Traders Kuala Lumpur

Kedudukan sesebuah hotel memainkan peranan yang sangat penting bagi para pelancong. Ini kerana lokasinya menjadi daya tarikan utama untuk orang memilih hotel tersebut. Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel paling popular di Kuala Lumpur iaitu Traders Hotel.

Hotel yang terletak beberapa minit sahaja dari Menara Berkembar Kuala Lumpur ini menampilkan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsa buat para penghuninya.

SkyBar 3

Dengan 571 buah bilik hebat, kesemua jendela bilik hotel menawarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan. Lebih menarik lagi, hotel ini sama-sama bernaung di bawah jenama Shangri-La, yang terkenal dengan perkhidmatan lima bintangnya.

Jadi anda tidak perlu pertikaikan kualiti layanan yang diberikan oleh pihak hotel. Hotel yang dibuka pada tahun 2006 ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke KL untuk tujuan kerja mahupun bercuti.

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya ke KLCC memang dekat selain stesen LRT yang juga terletak di kawasan yang sama. Terdapat juga perkhidmatan buggy khas yang membawa para tamu hotel dari lobi ke pintu masuk pusat membeli-belah Suria KLCC. Ini memudahkan mereka yang tidak mahu atau penat berjalan untuk ke KLCC.

Menampilkan bilik-bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu seperti mesyuarat dan seumpamanya, bilik-bilik di hotel ini turut dilengkapi dengan kemudahan wi-fi percuma bagi kemudahan internet serta pelbagai peralatan canggih lain.

Selain itu hotel ini juga mempunyai pusat perniagaan dan kelab kesihatannya tersendiri yang meliputi sebuah spa serta gymnasium. Ia juga mempunyai beberapa tempat makan yang menyajikan hidangan enak seperti Gobo Chit Chat dan juga Gobo Upstairs.

Sungguhpun begitu, Traders Hotel Kuala Lumpur paling dikenali kerana bar dan kolam renangnya yang berada di tingkat 33. Menampilkan pemandangan Kuala Lumpur yang tiada tolok bandingan, Sky Bar yang terletak bersebelahan kolam renang hebat ini merupakan tempat bersantai paling popular golongan happening di KL. Ia pernah dinobatkan sebagai Best Bar dan juga Best KL Bar oleh beberapa majalah yang menjadi pilihan warga elit serta warga asing di KL.

Sambil menikmati minuman atau santapan ringan, para tamu boleh menikmati ketenangan di waktu siang ataupun alunan muzik di waktu malam. Dengan sofa-sofa empuk di tepian kolam, tamu juga boleh menikmati minuman selesai berenang di situ.

Berbekalkan kesemua perkhidmatan dan ciri-ciri menarik yang disebutkan tadi, sememangnya Traders Hotel Kuala Lumpur memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di Kuala Lumpur! Jadi, sekiranya berpeluang, kenapa tidak cuba bermalam di sini, kerana anda pasti mahu ke sana lagi!

Lobby

Gobo Upstairs Lounge

Gobo Upstairs Grill

Executive Twin Towers Room

SkyBar

Penginapan Strategik dan Chic di Traders Hotel, Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Terbaru Najwa Latif ADAMU

Pengacara Baru Program Panorama 1