in ,

Review Hotel Grand Lexis Port Dickson

Bila terfikir soal percutian di pantai, kita di Lembah Kelang pasti memikirkan tentang pantai-pantai Malaysia yang biasanya terletak jauh dari Kuala Lumpur. Namun kita lupa yang sebenarnya kita tak perlu pergi terlalu jauh kerana pantai peranginan yang turut menjadi tumpuan di negara kita adalah pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan.

Andai tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Grand Lexis Port Dickson menjadi pilihan utama anda. Terletak berdekatan kota Lukut di tepi pantai sekitar 2 km dari pusat Port Dickson, hotel mewah ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Hibiscus Garden Wing Pool

Dilengkapi dengan aneka pilihan villa selesa menghadap lautan dan taman, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Yang membezakan Grand Lexis daripada kebanyakan hotel-hotel pantai di seluruh Malaysia ialah, setiap unit mirip rumah persendirian dan semuanya mempunyai kolam renang peribadi!

Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang yang tersedia di dalam bilik anda sambil menikmati minuman di sebelahnya. Ini sangat sesuai bagi mereka yang mahukan suasana tenang tanpa gangguan. Bayangkan, kolam renang hanya selangkah dari katil anda! Malah resort ini tersenarai sebagai resort yang mempunyai paling banyak jumlah kolam renang oleh Malaysia Book of Records.

[pullquote] Setiap kediaman atau bilik mempunyai senireka dalaman yang mewah serta kawasan yang sangat luas! Ini terlihat dari pengaruh Bali yang terdapat pada beberapa sudut setiap kediaman yang juga dilengkapi dengan kemudahan elektronik tercanggih. Villa-villa pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu kediaman di atas laut (above the sea), kediaman taman (garden living) dan juga kediaman tinggi (sky living) di Tower Block.[/pullquote]

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Duyung Restaurant yang menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik. Ada juga lounge untuk bersantai iaitu Lanun Bar bagi mereka yang suka berhibur.

Terdapat juga Pool Cafe buat menghirup minuman segar di tepi kolam renang selain Genn Japanese Restaurant untuk santapan Jepun terhebat. Turut tersedia adalah dewan buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain.

Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium ataupun dengan cara lain. Terdapat juga perkhidmatan penyewaan basikal, memanah, ping pong. aktiviti memancing serta menangkap ketam, bola sepak pantai, bola tampar serta laluan khas Segway Transporter bagi mereka yang suka mencuba.

Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh bermain di taman permainan atau bermain boardgames di dalam bilik. Ada juga bilik permainan video, bilik karaoke dan tidak ketinggalan sebuah spa bernama Lex Spa untuk ketenangan peribadi.

Kesimpulannya Grand Lexis memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya 2 km dari pusat Port Dickson, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

Santai Mewah di Grand Lexis Port Dickson
oleh Shah Shamshiri

Aerial View Of The Resort

Each Unit Is Equipped With A Swimming Pool

Grand Pool Villa - Lower Unit

Reception

Reception

Lanun Bar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Style Yang Memudahkan & Menjimatkan Masa Budiey

The Muhibbain Lancar Single Terbaru CUKUPLAH BAGIKU