in ,

The Muhibbain Lancar Single Terbaru CUKUPLAH BAGIKU

Setahun menyepi dari sebarang karya baru, kali terakhirnya tampil dengan single bertajuk “Dengan” bergabung bersama DJ Fuzz & Deen, The Muhibbain, duo yang dianggotai oleh Erwan dan Adib, bekas anggota kumpulan The Fabulous Cats tampil dengan single terbaharu mereka CUKUPLAH BAGIKU. Lagu yang berkonsep R&B Soul ini menampilkan Lah Ahmad sebagai rakan duet mereka.

Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Erwan Muhibbain ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan memandangkan rakan duet mereka Lah Ahmad juga baru sahaja muncul dengan album solo.

The-Muhibbain

“Kami perlu fokus dengan pembikinan lagu ini dari segi susunan muzik dan penulisan lirik, juga kami memberikan ruang untuk Lah Ahmad memandangkan beliau juga baru muncul dengan album solo pertama” ujar Adib

“Cukuplah bagiku ini sangat istimewa kerana bait-bait liriknya adalah penceritaan yang dipetik dari qasidah masyhur, Qod Kafani yang dikarang oleh Al-Imam Abdullah bin Alawi Al- Haddad. Kami juga merasa bertuah kerana sahabat kami, Ketua Pegawai Operasi Media Prima TV Networks, Ahmad Izham Omar juga terlibat dalam susunan muzik lagu ini.” tambah Erwan.

Lagu ini dimuatkan dalam album #LOVECINTAMAHABBAH terbitan dan edaran Inteam Records Sdn Bhd & Sony Music Malaysia, dan mula diedarkan di pasaran minggu ini.

Dengan promosi yang padat selepas ini, The Muhibbain berharap kemunculan single sekaligus album terbaharu ini dapat di terima peminat serta dapat memperkenalkan mereka dalam industri muzik Malaysia.

Laman Sosial Media Rasmi The Muhibbain
Facebook : www.facebook.com/pages/The-Muhibbains
Twitter : @Muhibbain
Instagram : @themuhibbain
Youtube : inteamrecords

Profil The Muhibbain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Grand Lexis Port Dickson

Penyanyi Haziq Rosebi Bertunang Hari Ini