in

Review Hotel Euphoria Hotel Bali Indonesia

Bali merupakan salah satu destinasi percutian pulau yang paling popular di Asia Tenggara. Selain itu, Bali juga dikenali sebagai pusat hiburan buat mereka yang mencari ketenangan di tepi pantai serta sedikit hiburan sampingan.

Terkenal dengan Kuta yang menjadi pusat segala aktiviti Bali, kota ini juga diwarnai dengan ratusan tempat-tempat penginapan yang menarik. Di antara hotel yang paling baru dan sesuai buat seisi keluarga di kawasan Legian-Kuta adalah Euphoria Hotel. Hotel yang ceria ini terletak 15 minit dari lapangan terbang antarabangsa Bali dan sekitar 10 minit sahaja dari pantai Kuta. Ia berada di tengah-tengah daerah pusat di antara kawasan Legian dan Dewi Sri.

Family Suite

Kesemua unit penginapan hotel ini direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Terdapat pelbagai jenis bilik, termasuklah Bilik Studio, bilik yang ada dua serta tiga bilik tidur yang diwujudkan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Setiap bilik dilengkapi sambungan internet wi-fi berkelajuan tinggi di samping TV LCD dengan 60 saluran antarabangsa dan lain-lain lagi. Bilik-bilik di hotel ini juga mempunyai hiasan dalaman yang mudah serta selesa.

Tersedia juga kolam renang untuk para tamu beriadah dan juga sebuah gimnasium kecil. Para tamu boleh juga memanjakan diri di Euphoria Spa andai ada waktu terluang. Hotel ini juga mempunyai ruangan khas yang dikenali sebagai Kids Corner untuk kanak-kanak.

Soal menjamu selera pula terdapat beberapa tempat makan di hotel ini. Di antaranya Euphoria Restaurant dan Euphoria Cafe untuk yang terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan tempatan khas. Tersedia juga Euphoria bar & Lounge untuk tamu bersantai. Namun apa yang membezakan hotel ini adalah “Grab & Go corner” mereka yang merupakan sebuah sudut khas bergaya untuk membeli makanan yang boleh dibawa keluar atau ke dalam bilik masing-masing.

Pendek kata, Euphoria hotel di Bali ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Bali.

Riang Ria Euphoria!
Oleh Shah Shamshiri

LOUNGE BAR (2)

BAR AND FRONT DESK

RESTAURANT

POOL

ENTRANCE LOBBY (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Busking Jalanan Elizabeth Tan Sempena Anugerah Juara Lagu 29

Astro Kasih & Tesco Lancar Projek Bantuan Banjir