in ,

Busking Jalanan Elizabeth Tan Sempena Anugerah Juara Lagu 29

Langkah demi langkah menghampiri satu pentas penentuan Karya Muzik Terbaik Tanah Air. Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu 29 semakin terasa. Satu jelajah ekslusif menampilkan, Elizabeth Tan, artis sensasi Youtube akan turut serta menghidupkan tema ‘Gema Dalam Muzik’ dengan persembahan jalanan, Busking bersama krew TV3.

anugerah juara lagu

Demi menghangatkan lagi semangat ‘Gema Dalam Muzik’, peminat semua dijemput hadir ke ‘Gerila Tour Anugerah Juara Lagu 29’ berdasarkan butiran di bawah:

PROGRAM
GERILA TOUR ANUGERAH JUARA LAGU 29
TARIKH
6 JANUARI 2015
MASA
5.00 PETANG – 6.40 PETANG
TEMPAT
PERKARANGAN KOMPLEKS BELI BELAH SOGO, KUALA LUMPUR

Elizabeth Tan

PROGRAM
GERILA TOUR ANUGERAH JUARA LAGU 29
TARIKH
6 JANUARI 2015
MASA
8.00 MALAM – 9.40 MALAM
TEMPAT
PERKARANGAN KOMPLEKS BELI BELAH WANGSA WALK, KUALA LUMPUR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV9 Tayang Siaran Langsung Piala Asia AFC 2015

Review Hotel Euphoria Hotel Bali Indonesia