in , ,

Ulasan Filem HITMAN: GAME-TO-MOVIE ADAPTATION

Pada 20 November lalu, Sensasi Selebriti telah menerima undangan dari salah satu penerbitan majalah berkenaan filem popular di Malaysia, Cinema Online untuk menghadiri satu pra tonton filem Hollywood, Hitman di GSC Mid Valley. Terima kasih Mai dari bahagian Marketing & event Cinema Online atas jemputan. Senang-senang jemputlah kami lagi.

Sebuah filem arahan oleh Xavier Gens dan dibintangi oleh Timothy Olyphant sebagai agen 47 telah diadaptasi dari permainan video yang menggunakan judul yang sama.

Cerita ini mengisah agen 47 yang telah dididik sebagai pembunuh upahan telah menerima satu tugas iaitu dikehendaki membunuh Presiden Rusia. Setelah persiapan dibuat, agen 47 telah menjalankan tugas yang diberi.

2054142318 4E1Dbbecbf O | 4

Namun, setelah itu bermulalah konflik apabila didapati kegiatan pembunuhan itu telah dilihat oleh seorang saksi iaitu Nika (lakonan Olga Kurylenko) menyebabkan dia terpaksa menghapuskan saksi tersebut.

Selain dari itu, agen 47 menerima tamparan hebat apabila mengetahui Presiden Rusia yang telah ditembak mati sebenarnya masih hidup. Siapakah yang telah ditembak? Bagaimana kegiatannya itu diketahui oleh Interpol, FSB dan CIA. Siapakah yang telah membocorkan maklumat? Semua jawapannya di dalam Hitman The Movie, sebuah filem aksi terhebat bagi tahun 2007 yang akan ditayangkan pada 21 November 2007.

2055138594 049D781D81 O | 5

Ulasan Filem HITMAN: GAME-TO-MOVIE ADAPTATION

Hitman The Movie merupakan sebuah genre yang telah berulang kali di kitar semula oleh pembikin filem Hollywood.

Kisah personan non gratia yang disisih atau telah ditikam oleh agensi sendiri merupakan satu formula yang bagi Hollywood pasti membuah hasil. Jika sebelum ini Trilogi Bourne telah dihasilkan dengan formula yang sama dan meraih keuntungan, maka, tidak mustahil, Hitman pasti akan hit.

Dari sudut jalan cerita, seperti yang telah dterangkan tadi, ianya satu jalan cerita klise yang sering dimainkan berulang kali. Namun, jika dilihat dari sudut sinematografi, skor muzik dan kerja-kerja kamera, Hitman sudah pasti memberikan suatu kepuasan kepada penonton. Dengan aksi mempertahankan diri serta adegan kejar mengejar dan letupan, sudah pasti memberikan kepuasan kepada pengemar-pengemar filem aksi begini.

Watak yang dimainkan oleh Timothy Olyphant sebagai agen 47 memang klise. Pembunuh yang sentiasa berpakaian kemas, perkasa, segak, keras dan punya karakter misteri. Namun, mungkin watak seseorang pembunuh memang memerlukan berperwatakan sedemikian.

Bagi segi teknik dan sudut kamera bagi Hitman, ianya masih belum mampu menandingi hasil kerja Wachowski Brothers di dalam Trilogi The Matrix. Bagi saya, jika Hitman menggunakan seni kamera yang serupa dalam adegan pertempuran, pasti ianya memberikan lebih kepuasan.

Secara keseluruhan, Hitman tidak menghampakan. Walaupun jalan cerita yang dikitar semula, tapi secara relatifnya, ianya masih memberikan kepuasan. Jika penonton ingin menonton Hitman, lupakan sahaja anda telah menonton Trilogi Bourne atau The Matrix, kerana ianya akan memberikan anda satu kepuasan yang baru.

Bagi Hitman, mendapat 3 bintang untuk puratanya.

2054353729 Bfb37Db877 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi 2020 | 29

Betul Ke Zoey Rahman Mahu Berkawan Baik dengan Dafi AF5 ?

Siti Nurhaliza Hamil | 30

Album Terbaru Siti Nurhaliza Hadiah Buat Hati Disember Ini!