in , ,

Album Terbaru Siti Nurhaliza Hadiah Buat Hati Disember Ini!

Album terbaru Datuk Siti Nurhaliza khabarnya telah pun siap 80% pembikinannya. Banyak lagu pelbagai irama yang lebih segar dan berbisa, saya kira dapat mengukuhkan nama diva ini di persada muzik Malaysia.

Budiey seakan tidak sabar untuk mendengar buah tangan terbaru isteri Datuk K ini. Judul album terbaru Siti kali ini agak lain sedikit bunyinya.

Kalau dulunya Siti Nurhaliza pernah menggunakan satu perkataan yang abstrak dan memerlukan kita merujuk kepada Kamus Dewan, seperti Adiwarna, Cindai, Pancawarna, Safa, Budiey Sita, Sahmura, Sanggar Mustika, Prastasi Seni dan Transkripsi… namun kali ini Siti Nurhaliza menaruh harapan dengan tajuk HADIAH DARIPADA HATI. Album ini dijangka akan menemui peminat pada AWAL DISEMBER INI! Yeyeeh!

Budiey sekadar ingin memetik coretan Siti Nurhaliza di Sitizone.com:

Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara.

Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran “Hadiah Daripada Hati” dengan hati yang lapang.

Bagi Budiey… memang ‘dalam’ betul makna album kali ini. Untuk siapa hadiah itu? Untuk Datuk K? Oh! Sudah tentu buat peminatnya… atau mungkin tahun hadapan.. ada hadiah istimewa buat si suami tercinta? Siti Nurhaliza akan hamil? Siti Nurhaliza akan pakai tudung?

Terbaru pada hari Ahad ini, 25 November, Siti Nurhaliza akan bertarung dengan lagu Destinasi Cinta untuk kali terakhir di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir Pop Rock. Apakah kali ini Siti berjaya memboloskan dirinya dengan lagu Destinasi Cinta? Saksikannya di TV3, jam 9 malam.

Siti Nurhaliza juga akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji tidak lama lagi. Semoga segalanya selamat… selamat pergi dan selamat pulang.

790714964 6D884F9B39 O | 4

Kenangan terindah ketika mengikut Siti Nurhaliza di Konsert Mega Siti Nurhaliza di Jakarta, Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Viral Hiasan | 25

Ulasan Filem HITMAN: GAME-TO-MOVIE ADAPTATION

Film Across The Universe: ABOUT THE PRODUCTION