in

Review Fave Hotel Surabaya

Gaya Kontemporari dan Praktikal Fave Hotel Surabaya
oleh Shah Shamshiri

Zaman sekarang ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal tapi masih menawarkan perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel paling popular di Indonesia yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah jenama Fave Hotel.

Jika nama Fave Hotel ini mula dikenalkan di Jakarta namun Fave Hotel di bandar kedua termaju Indonesia, iaitu Surabaya turut mendapat perhatian ramai. Fave Hotel Surabaya memenuhi empat tingkat utama di bangunan MEX yang terkenal di Surabaya ini. Bangunan MEX merupakan sebuah kompleks hiburan yang sangat terkenal di pusat kawasan perniagaan Surabaya. Ia juga hanya beberapa minit perjalanan dari Tunjungan Plaza – salah satu pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara.

Kesemua bilik-biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu, warna merah jambu adalah warna tema utama jenama Fave Hotel dan senireka dalaman bilik-biliknya turut menerapkan unsur tersebut dengan gaya sentuhan yang moden serta kontemporari.

Di dalam bangunan Favehotel MEX Building ini para tamu akan menemui beberapa restoran dan tempat hiburan, sebuah kafe 24 jam dan juga sebuah restoran Cina yang telah memenangi banyak anugerah . Selain menyediakan perkhidmatan teksi 24 jam serta alunan ‘live music’ dan perkhidmatan pusat perniagaan, hotel ini turut mempunyai sebuah mesin ATM untuk kemudahan para pengunjung.

Berbekalkan suasananya yang ‘fun, fresh and friendly’ atau segar, seronok dan ramah , hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak utnuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Fave Hotel juga mempunyai cawangan di Malaysia yang terletak di Chenang, Langkawi.


fave hotel 1

fave hotel 2

fave hotel 3

fave hotel 4

fave hotel 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Danny X-Factor Kali Ke 3

Majlis Pelancaran Buku Sembang Tepi Jalan & Syurga Yang Hilang