in , ,

Resipi Pelbagai Pes Chef Wan

Memaparkan resipi masakan yang cepat dan mudah disediakan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dengan penonton setia salurannya program masakan terbaru diberi tajuk “Meals In Minutes”.

Program 13 episod arahan Izzman Hafiz Izzauddin ini menonjolkan air tangan Cef terkenal, Datuk Dr. Cef Wan yang dalam setiap episod menunjukkan cara memasak menggunakan pes atau tema yang sama untuk tiga atau empat jenis menu yang ringkas.

Program disiarkan bermula 12 Disember ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 12.30 tengah hari, pukul 12.30 tengah hari di TV1 berkongsi memaparkan idea masakan yang berasaskan pes asam pedas, pes sambal, pes cili padi dan kunyit, pes rending, pes sup, pes pasta, pes makanan bergoreng, pes bubur nasi, pes mi dan makanan ringan. 

Episod pertama penggunaan bahan utama pes asam pedas yang mengandungi bawang merah ditumis bersama bawang putih, halia dan kunyit digunakan untuk menyediakan tiga menu istimewa termasuklah Asam Pedas Ikan Siakap dan hidangan Ayam Goreng Sambal Nenas.

Hos Chef Wan

Seterusnya Cef Wan menunjukkan cara memasak tiga jenis masakan ringkas untuk minum petang. Masakan tersebut iaitu Texas Chicken Barbecue, Tod Mum Pla, sejenis makanan Thai, diperbuat dari isi ikan yang dicampur dengan bawang, serai, daun limau purut, tepung, lada putih dan sos ikan. Diikuti menu berkhasiat iaitu salad campuran sayuran segar dengan tuna dan sos mustard.

Mudah disediakan hidangan menu yang bahan asasnya menggunakan pes asas sambal yang dibuat dari cili, bawang putih,bawang merah dan serai. Menu pertama ialah Ikan Bakar Portugis, Ikan Bawal Percik, Ikan Pesmol dan Ketam Bercili. 

Cef Wan turut menunjukkan cara memasak beberapa resipi yang menggunakan pes cili padi dan kunyit. Resepi pertama ialah Ayam Masak Lemak Kacang Dal, Ikan Sembilang Masak Lemak Belimbing juga Gulai Lemak Udang dan Ketam Masak Lemak Nenas.

Menarik dalam episod masakan yang berasaskan pes rendang dengan bahan utamanya bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili dan lengkuas. Bersama-sama menyediakan resipi lazat Kari Laksa Nyonya, Lontong Sayur Lodeh, Rendang Ayam Pedas dan resepi Ayam Kapitan.

Masakan berasaskan sup yang menggunakan air rebusan udang dan stok ikan bilis diketengahkan dalam penyediaan resipi Sup Makanan Laut, Sup Tekwan Palembang, Sup Ayam Macaroni dan Sup Bebola Daging. Masih berasaskan sup, Cef Wan turut menyediakan menu Sup Kepah, Sup Wantan Tauhu Jepun dan Sup Labu. 

Bagi anda yang bercitarasa makanan barat, ikuti perkongsian menu berasaskan pasta yang menggunakan pes tomato pomodoro menyediakan Spaghetti Pomodoro, Penne Pasta dan Tuna. Dengan menggunakan pes sama memasak Minestroni Soup dengan menambah sedikit lada hitam dan beberapa jenis sayur sayuran.

Kepada yang ingin menyediakan masakan bergoreng, ikuti episod yang berkongsi resipi ringkas  Ayam Goreng Serai,  Ayam Seri Wangi, Daging Goreng Ala Pattaya dan Daging Goreng Asparagus.

Manakala pilihan kepada anda yang gemarkan bubur nasi boleh dipelbagaikan termasuklah menyediakan menu Bubur Ayam Kemboja, Bubur Aneka dan Bubur Menado yang ditambah keledek, ubi kayu, jagung, lobak merah dan kangkung.

Mudah dan ringkas menu utama berasaskan mi iaitu Mi Bandung, Mi Goreng Chiang Mai, dan Kuey Teow Daging. Menerusi jenis menu makanan ringan dimana Cef Wan menggunakan doh pizza dan roti tortilla yang boleh dibeli di pasaraya. Resepi disiapkan iaitu Seafood Pizza, Quesadilla yang mengunakan roti tortilla sebagai kulit dan Ayam Teriyaki. 

Dalam episod akhir program ini Cef Wan memasak tiga jenis menu berasaskan nasi iaitu Lebanese Chicken Rice, Jamaican Beef Rice, dan Nasi Paella Sepanyol. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Program Khas Krismas 2019 di RTM

Projector Band Hadiah Tahun Baru AKHIRNYA KU TAHU Buat Peminat