in

Resepi Malaysia-Brunei Dalam EKSPLORASA 2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB) telah menerbitkan sebuah rancangan di bawah perjanjian Usahasama (MoU) kedua-dua buah negara iaitu EKSPLORASA 2 yang mulai bersiaran 2 September ini, setiap Ahad, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Merupakan rancangan masakan, 16 episod yang berkonsepkan travelog ini berkongsi aktiviti kembara sambil berkongsi kisah legenda / mitos sesuatu tempat, memperkenalkan produk-produk kampung, lokasi-lokasi menarik di samping memperkenalkan masakan-masakan tradisi kedua-dua buah negara,  Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

Eksplorasa 2

Perkenalkan Produk Pelancongan, Resepi Malaysia-Brunei Dalam EKSPLORASA 2 Di TV1

Pada tahun ini sebanyak lapan episod dari Brunei dan lapan episod dari Malaysia telah dibuat penggambarannya sekitar tahun ini.

Lapan buah kampung telah dipilih untuk dimuatkan di dalam program ini yang menonjolkan keistimewaan dan tarikan tersendiri yang ada di setiap kampung. Lokasi di Malaysia melibatkan lapan lokasi menarik iaitu Kampung Alai-Melaka, Kampung Mengkuang-Pulau Pinang, Kampung Pendiat-Perak, Kampung Seterpa-Kelantan, Pulau Suri-Kelantan, Tasik Kenyir-Terengganu, Teluk Ketapang-Terengganu dan Kampong Ayer Limau- Melaka.

Sementara itu lokasi menarik di Brunei meilbatkan Kampung Lugu-Katimahar, Kampung Mumong, Kampung Labu Estet, Kampung Putat, Kampung Labi, Kampung Danau, Kampung Belais/Buda-Buda dan Kampung Tanjong Maya.

Miennan Yunos …Hos Di Brunei

Hos rancangan bagi Negara Brunei Darussalam ialah Miennan Yunos sementara dari Malaysia, Munawar Azmie.

Istimewanya rancangan ini membawa penonton untuk meneroka dengan lebih mendalam akan keistimewaan yang ada di setiap kampung selain berpeluang untuk berkongsi resepi-resepi yang sedap dan menyelerakan. Di samping itu kerjasama yang diberikan di setiap kampung yang dikunjungi memudahkan lagi proses penggambaran.

Salah Satu Episod Di Malaysia

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Munawar Azmie…Hos Di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Patut Saya Kahwin Tahun Lepas Tapi…” – Nelydia Senrose

Nabila Huda Minta Maaf Isu Waroeng Isabella Hambar