in

Resepi Air Tangan Chef Liza di TV3

AIR TANGAN CHEF LIZA DI TV3
“ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA” MEMPERKENALKAN RESIPI-RESIPI DARI PRODUK KELUARAN KUMPULAN RAML

Anda tidak mempunyai idea ataupun ingin resipi baru untuk memasak? Ayuh, pelajari dan kenali 26 resipi masakan sentuhan air tangan chef selebriti terkemuka, Chef Liza Zainol yang sebahagian besarnya daripada lebih 100 produk keluaran KUMPULAN RAMLY menerusi rancangan memasak “ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA” di TV3 mulai 29 Jun 2012, setiap hari Jumaat jam 11.30 pagi.

Rancangan memasak 13 episod tersebut diterbitkan oleh Sweet Azza Sdn Bhd dan Chef Liza Zainol selaku hos dan penerbit telah bekerjasama dengan KUMPULAN RAMLY yang sangat dikenali dengan keluaran produk Halal terutama produk sejukbeku yang pastinya Halal, Bersih & Bermutu.

Chef Liza

Bersama Chef Liza Zainol yang sememangnya diakui mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang kulinari, pelajari resepi-resepi yang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga. Malah, ianya juga sesuai untuk penonton yang berkerjaya serta golongan muda kerana hanya mengambil masa yang singkat untuk disediakan.

Chef Liza Zainol telah menjelajah ke seluruh dunia dalam bidang yang dicintainya untuk mempromosikan pelbagai masakan dan juga produk makanan. Selain segmen memasak, rancangan berkonsepkan “infotainment” ini turut memperkenalkan segmen ‘Eksklusif bersama KUMPULAN RAMLY’ iaitu informasi serta adegan hiburan komedi buat tatapan penonton.

Di samping memasak, Chef Liza akan berkongsi ilmu kulinari, tips dan petua-petua masakan yang amat berguna. Beliau juga menyentuh topik tentang agro pelancongan, agro pertanian serta keindahan alam sekitar sebagai menyahut saranan Y.A.B Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sesuai dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia.

Rancangan tersebut turut menampilkan 13 personaliti dan artis sebagai tetamu rancangan. Antaranya, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Datuk Wira Asmah Binti Abd Rahman, isteri kepada Ketua Menteri Melaka, Yang Berbahagia Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, Pengasas dan Pemilik KUMPULAN RAMLY, Puan Hajjah Normala Binti Haji Hamzah, Pengarang Kanan Unit Majalah Keluarga/Pengarang WANITA Utusan Karya Sdn Bhd; Mohd Khairul Ikhwan dari DJ Hot FM, Ahmad Fedtri Bin Yahya, Ustazah Asni Binti Abu Mansor, Nor Azzura Azizul Azman dari Pengacara Wanita Hari Ini, Ustaz Mohd Amri Bin Abdullah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hub Halal JAKIM, adik Muhamad Azzammuddin (Idola Kecil), Dr. Zabedah Mahmood, Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan MARDI, Encik Zaihan Salleh, Resort Manager Residence Desa Lagoon Resort Port Dickson, Chef Erin Zainol dan Zul Yahya.

Penggambaran rancangan ini telah dirakamkan di beberapa lokasi seperti MARDI, MAEPS Rumah-Rumah Negeri, Residence Desa Lagoon Resort Port Dickson, Akademi Seni Kulinari Chef Liza, Taman Mini Malaysia/Asean di Melaka dan Melaka River Cruise. Episod ke-9 yang akan menermui penonton pada 24 Ogos 2012 merupakan Edisi Khas Sambutan Hari Raya yang mengundang Rumah Kebajikan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah Bukit Katil Melaka dan Ibu-Ibu tunggal sekitar Melaka untuk turut sama memeriahkan rakaman sambutan raya.

Majlis pelancaran rancangan masakan, “ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA” telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di perkarangan Sri Pentas pada petang ini.

Jangan ketinggalan untuk menonton “ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA” pada setiap Jumaat jam 11.30 pagi dan mencuba pelbagai resipi dari rangkaian produk RAMLY yang Halal, Bersih &

Bermutu yang direka khusus untuk menjadikan makanan anda citarasa rakyat Malaysia. Dengan itu, tagline “PASTIKAN RAMLY BARU BELI” pasti akan sentiasa menjadi sebutan di bibir para pengguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pelancaran Album Akim Ahmad

JINBARA Rakam Semula Lagu Nostalgia dalam KOLABORASI MENTAL