in ,

Rentas Negeri Dikhabarkan Bermula Jumaat Ini?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabru baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas negeri yang bakal bermula tidak lama lagi.

Justeru, terdapat pelbagai pandangan mengenai kebenaran tersebut khususnya dalam kalangan pakar virologi dan epideomologi

Menurut Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip,  purata suntikan vaksin dos kedua dalam tempoh tujuh hari sejak 26 September lalu ialah sebanyak 147,147 dos.

Menerusi laporan dari Berita Harian,walaupun lebih 21 juta populasi dewasa di Malaysia bakal lengkap dos vaksin dalam tempoh lima hari lagi, pakar virologi dan epidemiologi berpandangan kerajaan perlu mengambil percaturan berhati-hati untuk membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

“Berkemungkinan menjelang Jumaat ini kita sudah capai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, tetapi saya mempunyai pandangan berbeza mengenai kebenaran rentas negeri.

“Kadar liputan vaksin tidak wajar dijadikan satu-satunya petunjuk untuk membenarkan rentas negeri, sebaliknya kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) juga perlu diambil kira.

“Berdasarkan COVIDNOW, kapasiti penggunaan ICU di seluruh negara ketika ini 65.8 peratus dengan negeri yang merekodkan kadar tertinggi Pulau Pinang iaitu 91.7 peratus.

“Bayangkan jika berlaku lonjakan kes susulan pergerakan rentas negeri, maka hospital dan ICU yang baru nak mula ‘bernafas’ akan kembali sesak dengan pesakit,”

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin & Diana Danielle Bergabung dalam GANJIL, Sebuah Kisah Cinta Fantasi Romantik

Senator Haji Idris Ahmad Lancar Sambutan Maulidur Rasul & Wajah Baharu Studio TV AlHijrah