in , ,

Remy Ishak Sanggup Naikkan Berat Badan Untuk Jayakan Watak dalam SANGKAR

Pelakon Remy Ishak mengakui dia merasai sedikit bebanan dan tidak selesa ketika perlu menaikkan berat badan sehingga 85 kilogram bagi menjayakan watak dalam filem Sangkar.

Menurut Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 37, dia merasakan ‘seksanya’ berbadan besar selepas mengalami masalah susah untuk bernafas sehingga merasakan seperti hendak mati.

Filem Sangkar

“Menerusi filem Sangkar saya perlu naik berat badan lebih kurang dalam 85 hingga 90 kilogram.

Seumur hidup saya tak pernah naik lebih daripada 73 kilogram sebab itu merupakan berat ideal saya.

Untuk dapatkan berat badan yang sesuai bagi watak ini, saya upah seorang jurulatih kecergasan untuk memantau aktiviti pemakanan saya.

“Saya tidak boleh hentam makan sebarangan nanti bukan badan yang naik, perut pula yang naik.

Ketika badan saya besar, bukan sahaja rasa susah nak bergerak, nak tidur pun rasa susah sebab ada ketika saya rasa macam dah nak mati sebab nafas pendek.

Nak naik tangga rumah pun rasa tak selesa dan termengah-mengah,”

– Remy Ishak

Remy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Sangkar di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana telah berhasil untuk kembali menurunkan semula berat badannya setelah selesai penggambaran.

“Alhamdulillah, selepas habis penggambaran Sangkar akhirnya berat badan saya turun balik kepada yang asal,”

– Remy Ishak

Dalam pada itu Remy menyatakan dia sanggup mengambil cabaran untuk membesarkan badannya dalam filem arahan Kabir Bhatia itu kerana mahukan penampilan yang berbeza dalam setiap naskhah lakonannya bagi memberikan variasi imej kepada penonton.

Filem Sangkar

“Untuk setiap naskhah lakonan, saya tak mahu kelihatan terlalu sama dan sebab itu saya tidak kisah naik berat badan untuk sesuaikan dengan watak sebagai petinju MMA.

“Itulah cabarannya dan dalam masa yang sama, jari kaki saya patah ketika sedang menjalani latihan.

Saya takut melarat sehingga menyusahkan pihak produksi tapi nasib baik kecederaan itu segera pulih sebelum penggambaran bermula,”

– Remy Ishak

Sangkar bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini. Filem mengisahkan tentang sukan mixed martial arts (MMA) itu turut menampilkan Zul Ariffin, Mira Filzah, Fadzlan Hazim, Nik Adam Mika dan Niezam Zaidi.

Filem Sangkar

Sangkar yang menelan kos produksi sebanyak RM3 juta ini diterbitkan oleh empat syarikat penerbitan iaitu Primeworks Studios, Infinitus Gold, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Sumber: KopiPlanet.com
Filem Sangkar
Filem Sangkar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish | 23

Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-4 Bertemakan Negeri di Malaysia

Fizo Omar | 24

Video Fizo Omar & Mawar Bercerai Trending di Youtube Malaysia