in

Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-4 Bertemakan Negeri di Malaysia

Jom berhibur dengan menonton program lawak terbaharu di Astro Warna pada jam 9 malam ini. Sama-sama kita saksikan Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar (Minggu Keempat). Tema pada malam ini pasti kasi pecah perut kita ketawa ya!

Mengandingkan 42 peserta dalam 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, mereka buat julung kalinya akan bergabung dan muncul dalam berkumpulan (3 orang) dan berentap sesama sendiri bagi merebut gelaran juara mingguan, ‘Superstar of the Week’.

Menarik lagi, tema/lokasi pada minggu ini adalah ‘Negeri di Malaysia’! Vass!

Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-3

Minggu ketiga di Muzikal Lawak Superstar yang penuh dengan gelak ketawa menyaksikan kumpulan HEART (Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, dan Daniel Zaini) meraih takhta sebagai ‘Superstar of the Week’!

Sebagai ganjaran, mereka diberikan peluang untuk untuk memilih‘komen juri’ di mana mereka boleh memilih juri yang mana akan memberikan mereka komen dan ‘Star’ pada persembahan minggu ini. 

Minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar ternyata membuat audiens menggigit jari dengan bilangan ‘Star’ yang diberi oleh juri tetap Muzikal Lawak Superstar iaitu Datuk Awie, Altimet dan Nora Danish yang begitu unpredictable!

Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-3

Warganet juga tidak berpuas hati dengan mengatakan juri tetap kita heartless kerana memberi sesetengah kumpulan hanya 1 ‘Star’ dan ada juga yang mempertikai mengapa kumpulan yang kurang lawak diberi lebih ‘Star’ dari kumpulan kegemaran mereka. Wow, begitu panas gelanggang lawak kita ini!

Lebih mengejutkan lagi, kumpulan TITANS (Ain Edruce, Issey dan Ammar) yang pernah dinobatkan ‘Superstar of the Week’ jatuh ke ‘Bottom 3’bersama-sama dengan kumpulan KITAWA (Tapai Gegar Lawak, Ilham Abata dan Nadzmi Adhwa) dan WASAP (Wan Gegau, Syura, Amir Raja Lawak). 

Setelah mendapat undian yang paling tercorot dengan hanya 11.77% undian, dukacitanya, kumpulan KITAWA diumumkan tersingkir dari pentas MLS.

Namun, terdapat 11 lagi kumpulan yang masih mengejar impian mereka untuk memenangi wang tunai sebanyak RM150,000 di finale! Mungkinkah kumpulan yang sama akan berada di ‘Bottom 3’ juga pada minggu ini? Atau adakah kumpulan ‘Superstar of the Week’ minggu lalu pula akan disingkirkan?

Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-3

Bolehkah mereka memenangi hati juri tetap Muzikal Lawak Superstar untuk memberikan mereka ‘5 Star’?

Mampukah fanclub bagi kumpulan-kumpulan ini mengundi untuk memastikan kumpulan kesayangan mereka masih kekal di persada muzikal lawak ini? Pelbagai kemungkinan boleh berlaku di Muzikal Lawak Superstar.

Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-3

Saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen yang ‘unpredictable’ ini hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Ain Edruce, Elly Mazlin, Bell Ngasri, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Zulin Aziz, Issey, Fakhrul UNIC, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, Tauke, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Ammar Titan, Daniel Lawak Solo, Wan Gegau, Syura, Chiwan Chilok, Achok Chilok, Kamal Chilok, Wani Kayrie, Atu Zero, Sharif Zero dan ramai lagi. 

Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Ismail Berhijrah Ke UK, Peruntukkan RM500K Sambung Belajar

Remy Ishak Sanggup Naikkan Berat Badan Untuk Jayakan Watak dalam SANGKAR