in

Refleksi Orkestra Catat Malaysia Book Of Records

Kemuncak Refleksi Orkestra : Episod Catatan Malaysia Book Of Records Di TV1

Tayangan program Refleksi Orkestra berkonsepkan flashmob pertama di Malaysia yang telah pun berjaya menyuntik kelainan dalam program-program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tiba ke kemuncaknya pada 26 Jun ini, jam 1.00 petang menerusi TVi, Saluran Astro 180.

Episod Malaysia Book of Records ‘Flashmob’ Orkestra Terbesar Malaysia, Malaysia Book of Records, Dataran Merdeka Kuala Lumpur ini pastinya lebih meriah dan saat-saat yang dinanti-nantikan apabila menggabungkan keseluruhannya 450 peserta termasuk 60 orang Koir Kebangsaan bersama lima buah sekolah yang bekerjasama memeriahkan Flash Mob ini terdiri daripada kumpulan-kumpulan wind orkestra dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban bergabung menjayakan konsert akhir ini.

IMG_2673

Malah menariknya tujuh pemuzik Orkestra RTM turut membuat persembahan Strolling sebagai gimik persembahan pembukaan yang mewakili setiap seksyen muzik masing-masing. Artis yang terlibat dalam menjayakan Refleksi Orkestra dalam episod ini adalah pensyarah vokal terkenal yang juga bintang kelahiran RTM, Shafinaz Selamat di bantu oleh Leonard Yeap dan Luqman Aziz.

Persembahan disampaikan secara medley bermula dengan lagu-lagu popular bintang kelahiran RTM, Sudirman Hj Arshad iaitu lagu Basikal Tua, Anak Gembala dan Chow Kit Road sebelum menyusul rangkaian lagu-lagu Lady Gaga dan diakhiri lagu Gemilang.

Usaha ini mendapat kerjasama baik daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Harian Metro yang menyokong program ini.

Episod ini yang dirakamkan berlangsung pada 26 Mac lalu bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur turut sama menyaksikan majlis penyampaian replika pengikhtirafan catatan Malaysia Book of Records ‘Flashmob’ Orkestra Terbesar di Malaysia disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Cik Myra Tzaman kepada Dato’ Norhyati Ismail (Pemangku Ketua Pengarah Penyiaran).

IMG_2692

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY S II

Dreamgirls The Broadway Musical Sensation