in ,

Ratu Bollywood Milik Reen Rahim dalam Perang Bibir

Sorakan hebat terus bergema apabila para penonton teruja dan terhibur dengan lagu-lagu Bollywood yang dibawakan oleh Azrel Ismail, Reen Rahim dan Hanna Aqeela ketika beraksi di episod ketujuh Perang Bibir yang bersiaran pada 13 April 2017.

Lagu-lagu Bollywood tidak dapat lari daripada kostum yang berwarna-warni serta nyanyian dan tarian yang meriah. Hanya diberikan satu hari untuk membuat persiapan dan berlatih menari, contender-contender Perang Bibir tidak menghampakan penonton dan peminat dengan pemilihan OST dari filem Bollywood yang popular seperti Kuch Kuch Hota Hai, Diwale dan Kabhi Kushi Kabhi Gham.

Masing-masing tampil dengan idea yang kreatif, Azrel yang tidak pandai menari tidak kekok untuk menari dalam lagu ‘Koi Mil Gaya’ malahan tariannya yang comel mendapat sorakan hebat daripada penonton studio!

Hanna Aqeela menampilkan sisi yang lain apabila bersolek sebagai lelaki menerusi lagu pilihannya, ‘Janam Janam’. Reen Rahim pula tidak mahu rasa tertekan dan hanya mahu memberikan yang terbaik demi menghiburkan penonton terutama kelab peminatnya, Reenduyou yang hadir untuk menyokongnya. Tarian Reen Rahim yang lincah dan melakonkan dua watak dalam lagu ‘Bole Chudiyan’ melayakkannya untuk muncul sebagai pemenang dalam segmen pertama ini.

Reen Rahim

Reen Rahim, Azrel Ismail dan Hanna Aqeela meneruskan persaingan dalam dua mini game iaitu ‘Lirik Dalam Lagu’ dan ‘Kira Kira Bibir’. Mereka perlu menyanyikan serangkap lagu berdasarkan perkataan yang disebut oleh hos program. Reen Rahim berjaya merebut 50 markah untuk pusingan ini, diikuti dengan Azrel Ismail yang memperolehi 25 markah.

‘Kira Kira Bibir’ mencabar para contender untuk mendapatkan bola ping pong mengikut jumlah nombor yang diberikan dengan syarat, mereka hanya boleh menggigit sudu dengan bibir. Kali ini, Azrel Ismail berjaya memenangi puisngan ini dan ganjarannya ialah 10 orang abang sado yang akan bersorak dan bertepuk untuk Azrel di segmen lip sync spontan.

Segmen terakhir dihiburkan dengan lip sync spontan di mana Azrel Ismail telah menyampaikan lagu Gamma One ‘Jomblo Happy’, Hanna Aqeela dengan lagu ‘Sweet Child O’ Mine’ dan Reen Rahim dengan lagu ‘Elegi Sepi’.

Episod ketujuh telah meraikan Reen Rahim sebagai juara mingguan dan berjaya menempatkan diri ke separuh akhir bersama-sama Syazwan Zulkifly, Mawar Rashid, Zulin Aziz, Neera Azizi, Izreen Azminda dan Hafeez Mikail. Apabila diberikan kelebihan untuk mencabar seorang rakan selebriti ke pentas Perang Bibir, Reen Rahim telah menamakan Raja Afiq!

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan pusingan kelayakan yang terakhir pada 20 April 2017 yang bertemakan ‘Kenangan Lalu Mengusik Jiwa’. Apakah kejutan persembahan yang dapat disaksikan pada Raja Afiq, Adeline Tsen dan Syazuwan Hassan DFKL? Teruskan menonton Perang Bibir pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam di TV9 dan juga menerusi portal video Nombor Satu Malaysia, www.tonton.com.my.

Sidang produksi Perang Bibir diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd Aziz sebagai penerbit eksekutif serta Daniel Chan, Saidatul Akmar Mohd Shah dan Ahmad Azahari Mohamad Ali sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Gunakan hash tag #PerangBibir untuk menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial.

Reen Rahim melakonkan 2 watak dalam persembahan lagu Bole Chudiyan

Mengenai Perang Bibir
Secara am, format program Perang Bibir dibahagikan kepada 3 pusingan iaitu pusingan kelayakan (episod 1-8), pusingan separuh akhir (episod 9 -11) dan pusingan akhir (episod 12). Selain 8 pemenang yang berjaya di pusingan kelayakan, contender yang tersingkir masih mempunyai satu peluang untuk menyertai pusingan separuh akhir sebagai peserta wild card. Di pusingan separuh akhir, hanya 9 contender akan bertanding untuk merebut 3 tempat di pusingan akhir di mana hadiah wang tunai sebanyak RM 30,000 dijadikan taruhan.

Pusingan kelayakan yang disertai oleh 3 orang contender pada setiap episod dengan tema yang berlainan mempunyai 3 cabaran iaitu persembahan lip sync bertema, mini game dan persembahan lip sync spontan.

Mata persembahan lip sync bertema daripada carta lagu tempatan dan luar negara ditentukan oleh sorakan penonton studio. Contender masih boleh mengejar mata dalam 2 mini game di cabaran kedua. Contender yang menang di peringkat ini akan mendapat kelebihan untuk digunakan di peringkat ketiga iaitu persembahan lip sync spontan. Contender dengan mata terkumpul yang paling tinggi akan mara ke pusingan separuh akhir.

Reen Rahim - Bole Chudiyan

Mini game - Lirik Dalam Lagu

Kira Kira Bibir

Hanna Aqeela

Hanna Aqeela - Janam Janam

Contenders yang berperang di episod 7

Azrel Ismail

Azrel Ismail - Jomblo Happy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Galaxy S8 & S8+ Design Story

TGV Tayang BACKSTREET BOYS: SHOW ‘EM WHAT YOU’RE MADE OF di Pawagam