Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Red Carpet The Amazing Spider-Man 2 Gamatkan Peminat Singapura

Bersesuaian pelantikan sebagai duta superhero yang pertama untuk Earth Hour secara global, bintang ikonik yang tersohor seluruh dunia ini disambut meriah di Karpet Merah Meet & Greet The Amazing Spider-Man 2 di Skating Rink, Marina Bay Sands, Singapura pada petang Khamis lalu.

[pullquote]Kehangatan sambutan di acara Earth Hour Countdown yang berlangsung di The Float, Marina Bay pada 29 Mac 2014 lalu membuktikan Spider-Man menjadi superhero nombor satu dunia. Setuju tak?[/pullquote]

Sebelum red carpet berlangsung, Budiey lihat ramai peminat perlu beratut di Marina Bay Sands lebih awal untuk mendapatkan pass mereka yang dibuka seawal jam 12 tengah hari. Seramai 250 peminat pertama telah diberi secara percuma Blu-ray filem The Amazing Spider-Man”. Cool giler!

Apa yang pasti, lokasi The Skating Rink telah ditransform dengan hamparan untuk laluan karpet merah dan dihampar karpet warna hitam dengan beberapa sekatan dan laluan. Dihujung satu sudut berhadapan dengan karpet merah ini ada sebuah pentas yang mendatar panjang dengan logo besar “Spider-Man”. Berdekatan dengan pentas didirikan sebuah pondok khas untuk mempromosikan filem dan dimeriahkan dengan beberapa orang lelaki yang menyarungkan kostum Spider-Man untuk membuatkan pembeli teruja dan pejalan kaki di sekitar The Shoppe ini.

Pada jam 6 petang, barisan di luar Skating Rink telah dibuka untuk mereka yang mempunyai pass akses. Di situ, ada yang sanggup berdiri agak lama juga sebelum diiringi terus ke dalam lokasi Meet & Greet.

Sekumpulan kanak-kanak dari MINDS (sebuah organisasi khas untuk golongan orang kurang upaya) telah dijemput khas oleh Marina Bay Sands untuk menyaksikan acara ini. Budiey lihat mereka pun teruja nak jumpa pelakon dan telah dibenarkan masuk keutamaan di dalam kawasan khas itu.

[pullquote align=”right”]Dua skrin besar disediakan untuk pengunjung yang terhalang pandangan mereka dan turut diselitkan juga dengan paparan daripada Twitter yang memaparkan hashtag #SpiderMan.[/pullquote]

Acara red carpet ini dihoskan oleh dua orang penyampai radio 98.7 FM iaitu DJ Justin dan Vernon yang menurut kata kawan-kawan Budiey di Singapura, mereka berdua adalah antara penyampai radio paling terkenal dan terbaik. Justin dan Vernon sentiasa digandingkan bersama dalam beberapa acara sebelum ini. Tak hairanlah mereka dilihat serasi dan berjaya mengendalikan acara ini dengan baik.

Barisan pelakon utama, Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx, dan pengarah Marc Webb yang sepatutnya muncul di atas permaidani merah jam 6 petang terpaksa ditangguhkan hingga 7 malam. Namun, acara diselit dengan beberapa lelaki yang menyamar menjadi Spider-Man membuat lompatan dan kelihatan berkeliaran membuat aksi spontan sikit sebanyak membuatkan peminat rasa tak sabar menantikan buggy yang membawa pelakon muncul di depan mata.

Sekitar 7:30 malam tetamu pertama yang muncul ialah penerbit ekskutif, Matt Tolmach diperkenalkan dan diikuti oleh pengarah Marc Webb, dan kemudian suasana bingit dengan sorakan kuat daripada penonton, bertenaga saat munculnya Jamie Foxx. Sejurus selepas 10 minit, pelakon Emma Stone tiba dengan senyuman meleret.

Emma nampak riang dengan mata galaknya, dan cantik dalam pakaian berwarna plum. Gojes dan elegan. Kemudian, sudah tentu, lelaki di sebalik topeng Spider-Man, Andrew Garfield, kelihatan bergaya kacak dalam sut kelabu melayan peminat yang berebut mahu bersalaman dan meminta autograph. Tidak seperti yang lain, beliau telah mengambil keputusan untuk memandu sendiri kereta buggy menjadikan semua pengunjung berteriak.

Sambutan menjadi lebih hangat apabila semua pelakon dan penerbit serta pengarah The Amazing Spider-Man 2 berdiri di pentas utama. Matt Tolmach kata:

“I’m not quite sure why we weren’t here before but consider Singapore part of Spider-man’s home. Forever.”

Kemudian disahut dengan jeritan. Tak kurang apabila Penerbit Eksekutif, Avi Arad yang lega kerana di Singapura semuanya bercakap bahasa Inggeris. Sementara pengarah Marc Webb pula buat pengakuan yang dia pernah mencuba untuk menyarung kostum Spider-Man. Wah, siapa yang tak nak kan? Dah alang ada depan mata kot.

Pelakon paling hyper-active, pastinya disandang oleh Jamie Foxx yang sempat buat beat box. Memang dia pakar dalam bidang beat box dan dia juga seorang penyanyi. Menurut Jamie, dia datang ke Singapura bagi tengahari tadi dengan jet peribadinya dan sempat swimming di Infinity Pool yang ada di puncak atap Marina Bay Sands Hotel. Andrew Garfield pula tak lepas lekang senyuman dari wajah boyishnya. Katanya, Andrew dah sempat merasa makanan nasi ayam yang enak di Maxwell Courtyard (sebenarnya, Maxwell Food Court).

Aura feminin yang ada pada Emma Stone menjadi kegilaan ramai dan Emma memukau hadirin dengan jiwanya yang bijak bergurau dan nampak yakin bertemu mata dengan peminat di Singapura.

“A little overwhelmed because there are so many people in this mall. But there is a lot of soul too.” – Emma Stone

Kepada yang menantikan filem terbaru Spider-man yang akan menemui penonton Malaysia mulai 1 Mei ini, Emma Stone juga memberi teaser di mana ada turun-naik dalam hubungan wataknya sebagai Gwen Stacy dengan Peter Parker. Tak lepas, pastinya ada adegan romantik bersama Peter Parker. Nak tahu, kenalah tonton!

Jamie Foxx mengetuai semua yang ada untuk menjerit dengan kuat: Spider-Man! Spider-Man! Spider-Man!

Selesai sesi bergambar, acara tamat dan semua beredar terus ke Teater Mastercard untuk sesi sidang media.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version