in ,

Red Box Ria Kini Berwajah Baru

Sejak penubuhannya pada awal tahun 2000, Red Box telah tampil dengan empat jenama iaitu Red Box, Red Box Ria, Green Box dan Red Box PLUS. Dan sejak awal penubuhan Red Box Ria di KL Sogo pada tahun 2005, jenama ini terus berjaya menjadi lokasi karaoke pilihan untuk semua lapisan usia bermula kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan golongan veteran.

Red Box Ria

Hari ini, mengambil kira kehendak & keperluan semasa pelanggannya, Red Box Ria tampil dengan konsep hiasan dalamannya yang elegan bagi mewujudkan suasana atau ‘mood’ yang lebih bersemangat. Masih mengekalkan motto ‘Rentak Melodi Seisi Keluarga’, Red Box Ria kini mengetengahkan konsep ‘Hip – Cool – Lively – Refreshing’. Konsep ini pastinya dapat dilihat melalui:

1. Perubahan rekabentuk dalamannya melalui penggunaan warna-warna elegan.

2. Sistem Audio-Visual yang canggih dengan kelengkapan sistem bunyi terkini, skrin sentuh, LCD TV dan mikrofon tanpa wayar.

3. Keselesaan ruang yang menjanjikan keseronokan berkaraoke untuk seisi individu, keluarga dan majlis korporat. Juga kemudahan permainan PS3 dan kelengkapan Wi-Fi untuk setiap pengunjung.

4. Hidangan yang mementingkan kebersihan, kualiti dan menepati selera pelanggan. Hidangan makan & minum boleh dinikmati bermula dari hidangan tengahari, ala-carte & buffet makan malam.

5. Masih mengekalkan caj yang sama, Red Box Ria terus menekankan layanan mesra-pelanggan oleh kakitangan yang profesional.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2145 2355 atau layari www.redbox.com.my atau ikuti kami di facebook di www.facebook.com/redboxfans

Red Box Ria

Red Box Ria

Red Box Ria

Red Box Ria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pra-Pelancaran Wajah Baru Red Box Ria & Showcase Omg Gempak!

Diskaun Tiket Konsert Maher Zain Live di Kuching