in

Diskaun Tiket Konsert Maher Zain Live di Kuching

Dipersembahkan oleh CATS FM, Nikmati Baucer Diskaun Sebanyak 30% untuk Konsert Maher Zain Live di Kuching, Sarawak 2011

Berita baik buat semua peminat Maher Zain yang mahu menyaksikan konsert solonya, Maher Zain Live in Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November depan, jualan tiket untuk konsert itu sudah pun di buka dan kini laris bagai goreng pisang panas.

Justeru, untuk mengelakkan kekecewaan kerana kehabisan tiket, peminat bolehlah mendapatkan tiket konsert anjuran Marctensia Concerts dan dipersembahkan oleh CATS FM itu, dengan mengunjungi beberapa premis terpilih serta menghubungi talian yang tertera.

Antara lokasi terpilih itu adalah Speedy Video, Hock Lee Center, Kuching Sarawak (+6082-341 080), Speedy Video, Wisma Saberkas, Kuching Sarawak, (+6082-413 979), Speedy Video, The Spring Mall, Kuching Sarawak, (+6082-415 350), Speedy Video, Bintang Plaza (2), Miri Sarawak, (+6085-438 418), Speedy Video, Imperial Mall, Miri Sarawak, (+6085-426 215) dan Speedy Video, Boulevard Shopping Complex, Miri Sarawak, (+6085-438 431).

Maher Zain - Making Of Insha Allah Music Video - London - Uk - 2010 - 3

Harga tiket yang dikenakan untuk konsert berkenaan ialah RM103, RM203, RM303 dan VIP.

Sebagai hadiah untuk peminat yang begitu setia menyokong Maher Zain, CATS FM juga akan mengagihkan baucar diskaun sebanyak 30 peratus untuk pembelian tiket dan ia boleh didapati di kaunter CATS FM bertempat di lobi pusat membeli-belah The Spring Mall bermula Jumaat ini sehingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

Tidak membuat persembahan berseorangan, sebaliknya penyanyi ini akan ditemani dua artis undangan iaitu Mesut Kurtis dan Irfan Makki.

Konsert Maher Zain Live In Sarawak itu juga bakal menjadi konsert bersejarah buat penyanyi kelahiran Lubnan itu apabila menjadi konsert pertamanya di luar Lembah Klang. Dan pastinya detik itu akan menjadi peristiwa penuh bermakna sepanjang kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Ini adalah konsert pertama saya di luar Lembah Klang dan disebabkan itulah saya tidak sabar untuk bertemu dengan peminat saya di Sarawak serta melihat sendiri bagaimana sambutan mereka. Saya juga tak sabar untuk melihat sendiri pemandangan indah di sana,”katanya sambil menjanjikan sebuah persembahan hebat kepada peminatnya.

Konsert Maher Zain Live In Sarawak ini turut mendapat sokongan kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan Sarawak yang mengharapkan konsert itu nanti juga bakal menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke negeri itu.

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Insya-Allah itu sebelum ini turut mencatat sejarah apabila album “Thank You Allah” berjaya dijual sebanyak 120,000 unit di negara ini sekali gus melayakkannya menerima lapan anugerah platinum atas kecemerlangannya itu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung konsert itu serta aktiviti yang mengiringinya, jangan lupa untuk terus bersiaran bersama saluran radio CATS FM. Selain CATS FM, konsert ini turut mendapat kerjasama Utusan Sarawak, New Sarawak Tribune serta TV3 sebagai rakan media rasmi.

Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman sesawang
marctensia.com.my atau hubungi talian 03-20921199 atau 082-415350.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Red Box Ria Kini Berwajah Baru

Peraduan Jom Menonton Filem HAPPY FEET TWO