in ,

Rebiu Ulasan Hotel Legend Resort Cherating

Legend Resort Cherating : Kolam milik mereka, yang lain alam yang punya!

Kalau berbicara soal pantai-pantai terindah, Malaysia pasti tersenarai dalam pilihan para pelancong asing. Dengan itu kita sebagai rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan di atas kelebihan ini. Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di negara kita adalah pantai Cherating yang terletak tidak berapa jauh dari Kuantan di Pahang.

Dan sekiranya tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan The Legend Resort Cherating menjadi pilihan utama anda. Resort yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik.

New Deluxe Seaview - King

Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang yang tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di Coconut Grove Coffeehouse yang menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik. Ada juga lounge untuk bersantai iaitu Cherating Bay Lounge dan juga X’pose karaoke cum Discotheque buat yang suka menyanyi dan berhibur. Tersedia juga dewan buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain.

Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium ataupun mencuba sukan air yang ada tersedia (seperti jetski, menyelam, sukan kanu dan macam-macam lagi).Terdapat juga padang golf, tennis dan skuasy, serta laluan khas bagi mereka yang suka berlari serta bersenam. Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh bermain di taman permainan atau bermain boardgames di dalam bilik.

Para tamu juga boleh memilih untuk turut serta dalam aktiviti lain seperti melihat penyu, mengecat batik, perjalanan bot di sepanjang sungai Cherating dan macam-macam lagi. Pendek kata resort ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya 45 km dari Kuantan, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

pool Hotel Legend Resort Cherating
coffee house Legend Resort Cherating
Aerial View
LRC Penthouse
Legend Resort Cherating

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Wins World’s Best Air Cargo Industry Customer Care Award

Filem Kongsi Catat Kutip RM1.1 juta di Hari Pertama Tayangan