in , ,

Filem Kongsi Catat Kutip RM1.1 juta di Hari Pertama Tayangan

SEJARAH BARU TELAH TERCIPTA
KONGSI mencatat kutipan RM1.1 juta di hari pertama tayangan

Kongsi yang memulakan tayangan pada 12 Mei telah mencatat sejarah luar biasa buat industri perfileman Malaysia apabila mencatat kutipan RM1,085,064.00 di hari pertama tayangan termasuk tayangan tengah malam setelah ditayangkan di Malaysia, Brunei dan Singapura. Jumlah ini telah mengatasi kutipan hampir kesemua filem luar termasuk Hollywood apabila berada di tangga kedua selepas Transformer 2 yang mencatat kutipan hari pertama sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Bagi penerbitan filem Malaysia, ini adalah sejarah terbesar di abad ini. Penerbit yakin sasaran RM10 juta yang diletakkan sebelum ini mampu diraih sehingga tamat tempoh tayangan nanti.

KONGSI sebelum ini telah mencatat sejarah tersendiri dengan pembukaan terbesar 100 salinan filem seluruhnya. Kongsi merupakan sebuah filem aksi komedi arahan ke-2 Farid Kamil selepas berjaya mengarahkan V3: Samseng Jalanan yang mencecah kutipan box-office sebanyak RM 4 juta. Kongsi yang merupakan filem ke-45 terbitan Metrowealth (MIG) ini mempertaruhkan RM 2.5 jut a bagi kos penerbitan dan promosi. Penerbit meletakkan Farid Kamil sebagai pengarah untuk filem ini bersesuaian dengan kecenderungannya terhadap genre aksi dan kedudukannya sebagai salah seorang pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG.

KONGSI membariskan pelakon-pelakon berbakat besar masa kini termasuk Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Shaheizy Sam bergandingan dengan Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Pak Piee, Chew Kin Wah, Azlan Komeng, Rafidah Ibrahim, dan ramai lagi. Pemilihan pelakon dibuat adalah bersesuaian dengan watak serta komitmen yang diberikan sepanjang bekerjasama dengan pihak Metrowealth Pictures.

KONGSI ditayangkan di Seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2011. Dalam perkembangan lain, Metrowealth Pictures mempunyai barisan filem-filem box office sepanjang 2011 seperti 3 2 1 Cinta (ditayangkan pd 16 Jun ini) arahan Azhari Zain, Sekali Lagi (30 Jun) arahan Hashim Rejab, Flat 3A (14 Julai) arahan Azhari Zain, dan Senario The Movie Ops Pocot arahan Ismail Bob Hasim dijangkakan pada Julai ini.

Filem Kongsi

Tarikan utama filem Kongsi ialah Shaheizy Sam yang sememangnya menampilkan aksi luar biasa dalam filem ini.


What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rebiu Hotel Legend Resort Cherating

Sunsilk & MODA Celebrate 21st Anniversary Fashion Showcase