in ,

Rangkaian Televisyen Media Prima Prihatin Sediakan Vaksin Kepada Kru Penggambaran

Sediakan Vaksin Kepada Kru Penggambaran Drama Yang Tertunda di TV3 & TV9

Keputusan kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti penggambaran di luar studio telah memberi sinar baharu kepada beberapa produksi drama TV3 dan TV9 yang terhenti penggambarannya. Syarat penting untuk menyambung penggambaran adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dikawal selia dengan ketat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, “Alhamdulillah kerana rayuan kami dan juga rakan seperjuangan dalam bidang seni telah termakbul. Kami menyambut baik keputusan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ini kerana memahami dan prihatin dengan situasi kami dan juga pihak penerbitan alami. Untuk merealisasikan perkara ini, Rangkaian Televisyen Media Prima turut mengambil inisiatif menyediakan program suntikan vaksin kepada kru penerbitan yang terlibat dengan penggambaran drama yang tertunda di TV3 dan TV9.” 

“Untuk keselamatan semua, penggambaran drama tersebut akan dikawal selia oleh FINAS dengan mematuhi SOP ketat yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Paling penting setiap tenaga produksi terlibat perlu mendapatkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambaran. Ini penting untuk kita di Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dan mampu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19,” tambah beliau lagi. 

Program Pemberian Vaksin (PPV) dengan Program Vaksin Selangor (SelVax) ini berlangsung sehingga hujung bulan Julai ini. Sebagai peringatan, pastikan anda semua telah divaksin dan jangan lupa untuk mengemaskini maklumat dalam aplikasi My Sejahtera untuk janji temu vaksin anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PU Riz Mengakui Ada Dapat Tawaran Untuk Misi Bantuan Ke Gaza Bersama Ebit Lew

Kecoh Neelofa Mencelah Dalam IG Live Ebit Lew, Sekali PU Riz Dedah Apa Yang Sebenar Berlaku