in , ,

Rangkaian Hotel Plenitude Bawa Suasana Perayaan Ke Malaysia

Alami suasana perayaan dengan rangkaian Hotel Plenitude yang dengan kemesraan dan keramahan mengalu-alukan kunjungan pelancong dan pengembara percutian.

Rangkaian Hotel Plenitude menawarkan perkhidmatan hospitaliti yang tiada tandingan serta hidangan perayaan yang lazat. Rangkaian Hotel Plenitude yang merangkumi 13 hotel menawarkan lebih 2,000 bilik, semuanya terletak di kawasan strategik di bandar-bandar utama Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Langkawi, dan Pulau Pinang, serta destinasi pelancongan terkemuka seperti Korea Selatan dan Jepun.

Komitmen Plenitude kekal kukuh dalam usaha mereka menyediakan gabungan hospitaliti dengan suasana harmoni sama ada untuk pelancong perniagaan mahupun rekreasi. 

Travelodge Kyoto-Friends _ Family Triple 3

Portfolio Pelbagai Bagi Keperluan Setiap Pelancong 

Terokai tempat percutian di rangkaian Hotel Plenitude, di mana portfolio hotel kami yang pelbagai di bandar-bandar yang memukau serta destinasi pantai yang diminati ramai menyeru anda untuk menikmati kemudahan terbaik serta perkhidmatan mesra. Sama ada anda mendambakan suasana hingar-bingar di kota atau ketenangan tempat peranginan tepi pantai, rangkaian hotel-hotel terpilih kami pasti dapat memenuhi kehendak individu anda. Kenalilah kepelbagaian warisan budaya dan sejarah setiap lokasi, sambil mencipta kenangan yang terukir di dalam ingatan, seperti Ascott Gurney Penang, Mercure Penang Beach, Travelodge Ipoh, dan Travelodge Myeongdong Euljiro. Setiap penginapan dilengkapi dengan bilik yang selesa serta kemudahan moden, menjadi bukti tekad Plenitude terhadap kesungguhannya dalam bidang hospitaliti. 

Oakwood Hotel _ Residence KL-Master Bedroom Living Room

Destinasi Unggul Percutian Hujung Tahun Anda 

Rangkaian Hotel Plenitude ingin menjemput semua pelancong untuk menikmati keriangan cuti hujung tahun mereka di rangkaian hotelnya yang eksklusif. Bayangkan diri anda sedang menikmati pesona perayaan hujung tahun di Korea Selatan atau Jepun, di mana Travelodge Myeongdong Euljiro, Travelodge Honmachi Osaka, dan Travelodge Kyoto Shijo-Kawaramachi, menanti untuk menyambut anda dalam suasana percutian perayaan. Gambarkan anda menikmati pemandangan indah yang mengingatkan anda kepada adegan drama Korea atau anime kegemaran anda, dikelilingi oleh pancaran cahaya lampu Krismas, hiasan perayaan, dan atmosfera indah musim sejuk sepanjang bulan Disember hingga Mac. Keriangan meraikan perayaan hujung tahun di dalam negara sendiri juga tidak kurang tarikannya, dimana Travelodge Ipoh dan Mercure Penang Beach, bersama-sama dengan seluruh rangkaian Hotel Plenitude yang lain, menawarkan hidangan perayaan lazat dan pakej penginapan yang tiada tandingan. Berkumpullah bersama rakan-rakan dan keluarga, nikmatilah masakan lazat, dan ciptalah kenangan abadi di premis-premis tempatan kami yang mesra. 

Novotel KLCC Festive Dining 1

Memenuhi Keperluan Khas Pelancong Perniagaan 

Dipersimpangan kecemerlangan perkhidmatan dan semangat perayaan hujung tahun, rangkaian Hotel Plenitude kekal unggul sebagai pilihan utama pelancong perniagaan, menawarkan bukan sahaja penginapan tetapi pengalaman yang disesuaikan khas bagi keperluan mereka.

Rangkaian hotel kami melangkaui kebiasaan dengan menyediakan ruang khas bagi keperluan mesyuarat dan persidangan, dengan kelengkapan kemudahan canggih, direka khusus untuk memenuhi keperluan unik pelancong korporat. Sebagai sebahagian dari portfolio kami yang berkembang pesat, Novotel Kuala Lumpur City Centre dan Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur melambangkan komitmen kami dalam menyediakan penginapan selesa bagi pelancong perniagaan.

Novotel KLCC Christmas Decor

Bahkan itu, seluruh portfolio kami merupakan paduan keselesaan dan kemewahan, siap sedia untuk meningkatkan pengalaman perniagaan anda. Rangkaian Hotel Plenitude membuka pintunya untuk majlis korporat dengan pakej dan tawaran istimewa, sesuai untuk setiap acara syarikat, majlis penghargaan, dan peluang bersantai bersama-sama, yang kerap diadakan sepanjang musim perayaan hujung tahun. 

Travelodge Ipoh Friends and Family Quadruple Room

Sepatah Dua Kata Daripada Pengarah Eksekutif Kami 

Aklif Amir, Pengarah Eksekutif Plenitude Hotels & Investment Properties, mengutarakan keterujaan beliau dengan berkata, “Menjelangnya sambutan hujung tahun, kami menggalakkan semua orang untuk menerokai aset hospitaliti dan rangkaian hotel dalam keluarga Plenitude. Manfaatkan peluang ini dengan tawaran istimewa serta promosi eksklusif di Plenitude Hotels, yang menjanjikan lebih daripada sekadar penginapan. Ini merupakan suatu kesempatan bagi anda melakar kenangan abadi, dengan tawaran gabungan unik keselesaan, kemewahan, dan perkhidmatan peribadi.” 

Tanjung Point Resideences 3-Bedroom Living Room

Terokai Pengalaman Luar Biasa 

Mulakanlah perjalanan percutian di mana setiap perincian telah diteliti bagi memastikan penginapan anda adalah luar biasa. Nikmati sendiri gabungan unik tawaran kami, dari gaya urban di bandar ke ketenangan di pulau, lengkap dengan hiburan dari siang hingga malam, hanya menanti untuk diterokai. Mana tahu, anda mungkin akan datang lagi tahun hadapan untuk lebih banyak pengalaman yang sukar dilupakan. 

Untuk tempahan dan pertanyaan, layari www.plenitude.com.my/hotels/ atau hubungi kami di [email protected]

Untuk maklumat lebih lanjut dan untuk meneroka tawaran percutian istimewa, layari pautan promosi Linktree kami: https://linktr.ee/plenitudehotelsdeals. 

Ikuti perkembangan terkini kami di media sosial: Facebook & Instagram: Plenitude Hotels 

Ascott Gurney Penang Festive Dining 1
Novotel KLCC Festive Dining 2
Travelodge Ipoh Festive Dining 1
Mercure Penang Beach Ombak Restaurant
Ascott Gurney Penang Seaview Room

Mengenai Plenitude Berhad 

Plenitude Berhad adalah sebuah syarikat tersenarai awam dengan pelaburan dalam bidang hospitaliti dan pembangunan hartanah. Sejak penubuhannya pada 6 November 2000, Kumpulan Plenitude telah menguasai portfolio pelbagai perniagaan yang berkaitan hartanah dan telah membina rekod prestasi yang kukuh dalam industri hartanah. Projek pembangunannya diiktiraf kerana lokasi yang strategik dan mudah diakses serta kemudahan yang komprehensif. 

Plenitude Berhad menceburi industri hospitaliti pada tahun 2001 dengan hanya 220 bilik dan dengan bangganya telah mengembangkan pemilikan hotel. Kumpulan Plenitude kini memegang lebih 2,000 inventori bilik hotel di seluruh Malaysia, selain hotel antarabangsanya, di Korea Selatan dan Jepun. Hari ini, bahagian hospitaliti Plenitude Berhad merangkumi hartanah hotel berjenama antarabangsa dan tempatan serta dua buah residensi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.plenitude.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Watch6 Dapat Bantu Jaga Diri Untuk Hidup Sihat

JHO LOW

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan di Netflix