Ramlah Ram & Siti Sarah di Bintang-Bintang RTM

RAMLAH RAM & SITI SARAH TEMUI PENONTON MENERUSI BINTANG-BINTANG (07 JUN 2008) DI RTM2

Dua artis yang popular dengan jolokan penyanyi kecil molek bersuara emas, Ramlah Ram dan Siti Sarah bakal menemui penonton setia Bintang-Bintang pada 07 Jun 2008, setiap Sabtu, jam 11.00 malam di RTM2 yang pastinya menjanjikan kepuasan untuk anda terutama kepada peminat setia dua penyanyi kesayangan ramai ini.

2554945883 2325Aa403A | 4

Ramlah Ram yang terdahulu pernah dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 1985 dan kini mula meniti nama di bibir peminat menerusi lagu Ketentuan ternyata boleh diletakkan di kalangan kelompok artis yang telah lama bertapak dalam industri tetapi masih memiliki pengikut setianya hingga kini. Malah lagu-lagu nyanyiannya turut diminati generasi remaja.

Peluang menyaksikan temu bual bersama artis kelahiran Muar, Johor ini pastinya saat dinantikan penonton untuk mengimbas kembali perjalanan seninya dari mula hingga dikenali kini dalam industri muzik tanah air kini. Malah istimewanya, selain menerusi temu bual, penonton juga berpeluang menyaksikan klip-klip video yang mempu membangkitkan nostalgia ketika baru memulakan tapak dalam industri muzik.

 Kemudiannya menyusul temu bual bersama Siti Sarah, Finalis Bintang RTM 2001 yang umum mengenalinya sebagai anak kepada pelakon Raissudin Hamzah. Gadis genit yang popular menerusi lagu Jangan Kau Mimpi, Menari Denganku dan lagu rancaknya, Tinggal Serpihan ini turut berkongsi dengan peminat setia serta penonton rancangan Bintang-Bintang perkembangan terbaharu dirinya selain mengimbas kembali pengalamannya bergelar penyanyi di usia muda.

Kesempatan yang ada juga bermakna buat mereka yang berbakat menceburi bidang nyanyian berkongsi tips penjagaan suara dengan Siti Sarah. Apatahlagi kelunakan suara Siti Sarah sememangnya dikagumi ramai peminatnya.

Kepada anda peminat setia Ramlah Ram dan Siti Sarah, jangan ketinggalan menyaksikan Bintang-Bintang pada 07 Jun 2008, setiap Sabtu, jam 11.00 malam di RTM2.

2554945295 19E8667Fcf O | 5
 
[tags]ramlah ram, siti sarah, putus tunang, bintang rtm, lirik lagu, finalis, jangan kau mimpi, nostalgia, tips jaga suara[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2

Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja