in , ,

Ramai Youtuber Sentap dengan Ustaz Abu Syafiq Gara-Gara Jadi Youtuber Itu Haram

Baru-baru ini kenyataan atau statement yang dikeluarkan oleh pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq telah menjadi perbualan hangat netizen apabila beliau mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya adalah haram.

Malah, Ustaz Abu Syafiq menyatakan bahawa pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini. Menurut Abu Syafiq, ramai Youtuber di luar sana hidup mereka miskin, menderita dan merana. Katanya, banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukan dan sila jauhkan diri daripada menjadi YouTuber yang mendatangkan fitnah.

Kenyataan oleh pendakwah itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Youtuber dan netizen. Malah, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Ustaz Abu Syafiq itu dan mengecamnya.

Kerja Youtuber Itu Haram, Ramai Youtuber Sentap Dengan Ustaz Abu Syafiq

Terbaru dalam satu perkongsian di Instagram, Ustaz Abu Syafiq mengatakan ramai yang sentap dengan kenyatanaan itu. Susulan itu, dia mahu membuat perbincangan atau diskusi ilimah mengenai pendapatan Youtuber.

“Ramai youtuber dan netizen sentap tahap gaban dengan statmene saya. Okay, saya syorkan kita buat diskusi atas Status saya tersebut. Mohon sahut. Diskusi Ilmiah. DM/PM saya. Jangan takut anggaplah macam ala-ala yang kalah debat tapi stay provok menang konon. Cepat!,”

– Abu Syafiq
Abu

Ujarnya, sesiapa sahaja boleh tampil memberikan pandangan mereka dengan menghantarkan mesej peribadi kepadanya. Malah, Ustaz Abu Syafiq turut mengatakan kepada mereka supaya jangan takut untuk berdebat dengannya.

Jelasnya lagi, dia tetap dengan pendiriannya di mana jadilah Youtuber yang menjauhi fitnah dan haram. Katanya lagi, jika ingin menjadi Youtuber buatlah kandungan yang memberi kebaikan dan kejar pendapatan yang halal.

“Saya tetap dengan pendirian saya dan ramai lagi. Jadilah Youtuber yang menjauhi fitnah dan haram. Beryoutuberlah dengan kebaikan kerana ada halal ada haram. Kejarlah yang Halal. Saya tungguuu..jangan takut!” tulisnya.

– Abu Syafiq

Jadi, apa pula pendapat anda tentang isu ini? Adakah menjadi Youtuber itu HARAM?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem GERAN Menang Anugerah Festival Filem Asia New York

Mulan 2020 | 16

Peraduan Jom Menonton Filem Disney’s Mulan