Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Ramai Yang Nak Tahu, Betul Ke Neelofa & PU Riz Tangguh Majlis Kahwin?

Sebelum ini, media melaporkan mengenai selebriti dan usahawan popular Neelofa yang dijangka bakal mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, PU Riz pada bulan ini. Jadi, ramai yang nak tahu. jadi ke mereka berdua kahwin atau terpaksa tangguh lagi?

Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu masih memilih untuk ‘mengunci mulut’ tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tarikh perkahwinannya.

Terbaru, laman Instagram Anugerah Bintang Popular BH berkongsi sebuah posting memaparkan penulisan wartawan hiburan, Raja Nurfatimah Mawar yang menerbitkan satu artikel bertajuk ‘Neelofa, PU Riz tangguh nikah?’ di ruangan ‘Desas-Desus’.

Betul ke tangguh nikah?

Menerusi penulisan tersebut, difahamkan wartawan itu mendengar desas-desus bahawa pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka tanpa mengetahui sebab sebenar.

“Risik punya risik, Raja dengar Neelofa dan PU Riz terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan. Sebabnya, biarlah mereka sahaja yang tahu.

“Namun, jangan salah faham, ia bukanlah berpunca daripada pergolakan lalu, hubungan sudah pun pulih. Mungkin ada sebab lain yang memaksa mereka menangguhkan dahulu majlis,” tulisnya.

Bagaimanapun, sudah tentu bekas pengacara MeleTOP itu memerlukan masa yang rapi bagi merancang pelbagai perkara untuk dijayakan pada majlis gilang gemilang itu nanti.

Bagi para peminat, teruskan berdoa yang terbaik untuk pasangan tersebut agar segera naik pelamin dan mengecapi kebahagiaan bersama!

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version