in ,

Ramai Tanya Pasal Anak, Sekali Zulin Aziz Kongsi Berita Menyedihkan 

Tidak sampai setahun bergelar isteri orang, pelakon Zulin Aziz naik berang dan hilang sabar dengan sikap netizen yang terus-menerus mendesak dirinya berhubung soal zuriat.

Menjawab pertanyaan ramai mengenai kesediaan menimang cahaya mata, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz bagaimanapun turut mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami keguguran bulan lalu.

“Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada anak. Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas,” tulisnya pada hantaran dalam TikTok sekali gus meleraikan persoalan netizen berhubung anak.

Menganggap pertanyaan sedemikian sebagai satu perkara melampau dan tidak patut diajukan netizen, bekas penyampai radio Suria FM itu turut membuat teguran secara terbuka dan bertegas tidak lagi mahu menerima soalan sama berulang kali.

Kata Zulin, orang ramai sepatutnya lebih peka sebelum melontarkan soalan berbaur sensitif, terutama isu peribadi soal hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.

“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.

“Macam dulu, waktu saya single (solo), orang tanya bila nak kahwin, kalau aku kahwin dengan suami kau baru tahu,” katanya.

Terdahulu, setelah dua tahun mengenali hati budi, Zulin sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Watch5 Pro

Sertai Hari Kesihatan & Kecergasan Wanita dengan Samsung Health 

Sugarbomb

Bermula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia