in ,

Selebriti Popular Menjayakan Rakaman Konsert Pop Yeh Yeh Terbitan Astro

Bagi memantapkan lagi penawaran Astro untuk terus membekalkan program-program hiburan berkualiti menerusi platform yang ada, pihak Astro Prima dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi konsert yang bakal mengimbau kembali nostalgia zaman Pop Yeh Yeh khas untuk siaran hari raya kelak.

Rakaman Konsert Pop Yeh Yeh

Konsert menarik ini bakal menyaksikan gabungan barisan artis lama dan baru iaitu Dato’ Jeffrydin, Dato’ A.Rahman Hassan, Datin Azizah Mohamad, L. Ramlee, A.Halim, J. Sham, S. Mariam, Fatimah M. Amin, A. Rahman Onn, Kumpulan Orkes Nirwana, Kumpulan Sixth Sense, Kumpulan Sofarz, Kumpulan Pretty Ugly, Kumpulan Zurah 2, Kumpulan Mojo dan Kumpulan May.

Rakaman Konsert Pop Yeh Yeh akan diadakan pada 1 Julai 2012 (Ahad), jam 8.30 malam @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Azmi & Jailani Sidek Bercerai Talak Satu

Majlis Menandatangani Usahasama Maxis & Content Provider