in

Majlis Menandatangani Usahasama Maxis & Content Provider

MAXIS MENANDATANGANI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA 14 PENYEDIA KANDUNGAN UNTUK MENAWARKAN PENGALAMAN IPTV BARU DI MALAYSIA, PADA BILA-BILA MASA, DI MANA SAHAJA

• Kerjasama kandungan ini akan membolehkan Maxis untuk menyampaikan barisan filem dan siri atas-permintaan yang menarik termasuk kandungan definisi tinggi (HD) dan 3D serta tujuh Saluran Percuma untuk perkhidmatan televisyen protokol internet (Internet Protocol Television – IPTV) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

• Pelanggan Internet Gentian Maxis Home akan dapat mengalami kandungan pelbagai skrin dan aplikasi interaktif yang menarik, dari hiburan ke pendidikan, dengan sesuatu untuk setiap orang dalam keluarga, bila-bila masa, di mana sahaja.

• Platform IPTV Maxis menawarkan kombinasi unik TV ‘catch-up’ dari Tonton; kefungsian masa syif untuk siaran langsung, PVR dan PVR jauh; dan keupayaan pelbagai skrin.

• Kerjasama Maxis ini menyokong inisiatif Kerajaan mengukuhkan Industri Kandungan Kreatif Malaysia melalui cara baru untuk menyampaikan kandungan tempatan kepada khayalak ramai.

Majlis Menandatangani Usahasama Maxis & Content Provider

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, pada hari ini mengumumkan kerjasama dengan 14 penyedia kandungan, dengan itu berjaya mendapatkan pelbagai kandungan yang menarik bagi perkhidmatan televisyen protokol internet (Internet Protocol Television – IPTV) syarikat yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui kerjasama strategik tersebut, Maxis komited untuk menyampaikan kandungan yang menarik kepada individu dan keluarga dengan menawarkan pelbagai filem dan siri atas-permintaan, Saluran Percuma (Free-to-Air channels), serta aplikasi interaktif.

14 rakan kongsi kandungan yang menandatangi kerjasama tersebut dengan Maxis adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM), All Asia Multimedia Networks FZ-LLC, Media Prima Berhad, LI TV International Ltd, Red Bull GmbH, Five Star Production Co. Ltd, Vision Plus Entertainment Sdn Bhd, Travel Channel International Limited, Asa’ad Entertainment Network Sdn Bhd, Brilliant Pictures, Five Star Trading, Trace TV S.A., The Wiggles International Pty Ltd and Classic Media Distribution Limited.

Bersama-sama, kesemua rakan kongsi kandungan akan menyediakan gelombang pertama kandungan IPTV yang kaya melalui perkhidmatan Internet Gentian Maxis Home, dan menawarkan filem, siri dan program lain dari pelbagai genre termasuk Siri Drama, Gaya Hidup dan Melancong, Kanak-Kanak, Sukan Beraksi dan Muzik. Jenama dan saluran yang bakal Maxis tampilkan termasuk tujuh Saluran Percuma iaitu TV1, TV2, TVi, TV3, NTV7, 8TV, TV9; serta kandungan dari LI Space, LI Body, LI Savour, LI Chic, Tonton, Travel Channel, Wiggles, Jump, Classic Media, Trace Urban, Trace Sports, XS, Red Bull, Five Star Trading, Five Star Production, Brilliant Pictures and Asa’ad.

Majlis tandatangan tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato’ Joseph Salang Gandum, manakala Maxis diwakili oleh Pengerusinya, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, “Majlis tandatangan hari ini adalah pencapaian penting untuk Maxis, kerana ia melambangkan komitmen kami untuk memperkayakan kehidupan para pelanggan kami. Ia juga merupakan detik yang penting untuk pelanggan Internet Gentian Maxis Home yang tidak lama lagi akan dapat menikmati kandungan TV melalui perkhidmatan IPTV. Melalui perkongsian dengan pembekal kandungan utama kami, kami memberikan pelanggan satu lagi saluran untuk mereka memilih kandungan. Kepada rakan kongsi kandungan kami, kami gembira menjadi pengupaya yang akan memastikan kandungan mereka mencapai lebih ramai pelanggan dan penonton yang lebih luas. Sebagai peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, kami tidak sabar untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong inisiatif Kerajaan untuk memajukan Industri Kandungan Kreatif Malaysia melalui cara baru untuk menyampaikan kandungan tempatan kepada khayalak ramai.”

Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis menambah, “Rakyat Malaysia adalah kontemporari dalam penggunaan teknologi mereka dan itu termasuk bagaimana kandungan digunakan. Pelanggan semakin inginkan maklumat dan hiburan pilihan mereka yang boleh didapati pada setiap masa merentasi pelbagai peranti. Mengikut ‘mantera’ ‘Pelanggan Pertama’ Maxis, peranan kami adalah untuk mengumpulkan kandungan yang terbaik untuk mereka dan membolehkan mereka untuk mengaksesnya di mana sahaja mereka berada dan bila-bila masa mereka inginkan. Dengan Maxis Home, para pelanggan kami boleh mempunyai ‘ketenangan fikiran’ dalam mengetahui bahawa kami memberikan mereka lebih banyak pilihan dan nilai terbaik, disokong oleh pasukan perkhidmatan pelanggan kami, rangkaian canggih dengan jejak tetap dan mudah alih berkelajuan tinggi yang terbesar di negara ini dan ekosistem perkongsian yang teguh dengan pemain utama dalam industri. Ini hanyalah satu permulaan; kami pastinya akan menambah perkhidmatan yang lebih inovatif, kandungan dan aplikasi yang menarik untuk meluaskan penyampaian kami untuk tontonan unik dan pengalaman interaktif. Para pelanggan boleh mengharapkan lebih pilihan untuk kandungan antarabangsa, tempatan dan serantau pada bulan-bulan akan datang.”

Maxis menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi untuk pelanggan nikmati di komputer riba, tablet, telefon pintar dan sekarang televisyen. Dengan perkhidmatan Internet Gentian yang sedia ada kepada 1.2 juta rumah dan pejabat, dan perkhidmatan internet tetap dan Wayarles ‘on-the-go’ dengan liputan penduduk sebanyak 82%, Maxis menawarkan internet yang boleh dipercayai dan pantas kepada hampir 6 juta rumah di Malaysia. Kedua-dua perkhidmatan ini ditawarkan bersama dengan talian telefon tetap termasuk minit percuma yang diperuntukkan kepada nombor talian tetap dan mudah alih.

Melalui perkongsian strategik dengan rakan kongsi kandungan utama dan banyak lagi dalam perancangan, perkhidmatan Maxis IPTV, secara berperingkat, akan menyampaikan barisan filem dan siri atas-permintaan yang menarik termasuk kandungan HD dan 3D serta tujuh Saluran Percuma dengan TV ‘catch-up’ dari Tonton; dan kefungsian masa syif untuk siaran langsung, PVR dan PVR-jauh, yang membolehkan pelanggan merakam dan menonton saluran TV pada bila-bila masa mereka inginkan. Dengan pelbagai kandungan kaya multi-skrin dan aplikasi interaktif, daripada hiburan kepada pendidikan, perkhidmatan Maxis IPTV akan memberi sesuatu untuk setiap orang dalam keluarga, bila-bila masa, di mana sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Maxis Home, sila layari http://maxis.com.my/home

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Menjayakan Rakaman Konsert Pop Yeh Yeh Terbitan Astro

Buffet Ramadan Nostalgia P. Ramlee Eastin Hotel Petaling Jaya