in , ,

Rakam Versi Baharu Lagu JIKA, Nuha Bahrin & Naufal ‘Mendunia’ di Indonesia

Lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mencipta fenomena luar biasa di dalam dan luar negara. Malah, lagu itu juga berjaya menduduki carta teratas di beberapa platform muzik digital termasuk di Indonesia.

Rentetan itu, nama Nuha dan Naufal semakin menjadi sebutan dan populariti diraih juga bukan biasa-biasa. Tidak hanya mendapat perhatian dalam kalangan peminat di sini, Nuha dan Naufal juga dengan bangga memenangi hati peminat di Indonesia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kedua penyanyi remaja itu menjadi generasi baharu penyanyi tempatan yang berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia sekaligus menjadi kegilaan anak muda di sana.

Tanpa mahu menunggu lama, Nuha dan Naufal terus mengorak langkah apabila diberi peluang merakamkan semula lagu Jika yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan komposer terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw.

Menariknya, lagu yang sudah berusia 23 tahun itu dinyanyikan dalam dwi bahasa iaitu Melayu dan Arab.

Bagi Nuha, 22, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata, sokongan diberikan peminat dari dua negara adalah peluang terbaik buat dirinya untuk terus melangkah jauh dalam bidang nyanyian.

“Sebagai seorang artis yang baharu dalam industri muzik ini dan mendapat sokongan daripada orang Malaysia dan Indonesia, bagi saya ia satu peluang serta rezeki besar yang Allah bagi, alhamdulillah. 

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah bagi buat saya dan Naufal ketika ini. Sebenarnya memang tak sangka tapi ini adalah perkara yang saya impikan dan saya dapat capai. Sokongan daripada peminat Indonesia sama saja seperti mana peminat tanah air. Itu adalah perkara sukar untuk dapat. Jadi, untuk sampai ke tahap ini saya sangat bersyukur,” katanya.

Rakam Versi Baharu Lagu Jika, Nuha Bahrin &Amp; Naufal ‘Mendunia’ Di Indonesia

Menurut Nuha, dipilih untuk merakamkan lagu ciptaan dan nyanyian Melly Goeslaw juga satu impian yang tercapai.

“Ini adalah impian saya yang dapat dipenuhi sebab ia Melly Goeslaw. Dia seorang yang sangat besar dalam industri muzik Indonesia. Malah di Malaysia dia juga sangat dikenali. Saya membesar dengan mendengar lagu dia. Jadi, kadang-kadang saya macam tak percaya. Dia juga sangat menyokong saya dan Naufal untuk lagu ini. Saya sangat menghormatinya sebab dia seorang legenda yang sangat merendah diri dan sentiasa memberikan sokongan. 

“Kami mendapat sokongan dia juga untuk lagu Jika ini dan saya rasa ini adalah rezeki besar yang Allah bagi. Saya masih lagi rasa tak percaya, ia macam mimpi. Keluarga saya jugalah yang buatkan saya kenal dengan Melly Goeslaw punya lagu. Pendek kata, memang mimpi menjadi kenyataan. Saya sangat gembira bila dia pun suka dengan versi lagu ini,” katanya.

Sementara itu, Naufal, 23, berkata, peluang merakamkan lagu Jika di Indonesia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Pengalaman saya semasa merakamkan lagu Jika ini agak letih sikit sebab pada hari itu kami ada tiga atau empat persembahan di saluran televisyen Indonesia. Selepas itu, kami terus pergi ke studio rakaman. 

“Habis sahaja rakaman dalam jam tiga ke empat pagi, jadi memang penat dan mencabar. Tapi, alhamdulillah berkat kesabaran kami dan yang lain, prosesnya berjalan dengan lancar,” katanya.

Pengarah Beegood Music, Amir Arshad berkata, pihaknya memilih lagu Jika kerana ia lagu malar segar yang terus menjadi siulan biarpun sudah berubah zaman.

“Kenapa memilih lagu Jika sebab lagu ini memang ‘evergreen’ dan sedap. Ia sentiasa dinyanyikan oleh semua lapisan peringkat umur dan juga kita ingin menceburi pasaran muzik Indonesia. 

“Melly Goeslaw penyanyi Indonesia yang legenda dengan karya yang sangat diterima masyarakat di sana termasuk di sini. Selepas itu kami berbincang dan bersetuju dengan lagu Jika. Kerjasama ini membabitkan Beegood Music (Malaysia) dan Alfa Records (Indonesia),” katanya.

Menurut Amir, Melly terlebih dahulu maklum berkenaan kerjasama dan projek yang dijalankan ini selain memuji hasil rakaman versi baharu Jika.

“Melly sudah dimaklumkan lebih awal mengenai projek ini sebab kita nak mendapatkan  ‘rights’ dan izin daripada pihak Melly. Dia juga sudah mendengar versi ini sebelum ia dilancarkan lagi.

“Alhamdulillah, Melly sangat suka dan memuji versi ini. Malah, dia juga sudi membantu untuk mempromosikan lagu ini di Instagram miliknya,” katanya.

Rakam Versi Baharu Lagu Jika, Nuha Bahrin &Amp; Naufal ‘Mendunia’ Di Indonesia

Ditanya kenapa menggabungkan Nuha dan Naufal bagi projek ini, Amir berkata kedua mereka sudah mempunyai aura dan keserasian yang baik selepas lagu Casablanca selain memiliki peminat yang ramai di Indonesia.

“Di Indonesia mereka sudah ada aura tersendiri sejak lagu Casablanca lagi. Jadi, untuk menyemarakkan lagi aura mereka di Malaysia dan Indonesia, itu sebab kita memilih dan menggabungkan mereka sekali lagi. Apatah lagi, lagu Jika ini sangat popular di Indonesia, sedikit sebanyak akan memberi peluang yang lebih besar kepada mereka.

“Sebenarnya, mereka sudah merakamkan tiga lagu bagi tujuan pasaran di kedua negara. Sebelum lagu Jika, terlebih dahulu dilancarkan lagu Ya Maulana duet bersama Nissa Sabyan bersempena sambutan Maulidur Rasul tempoh hari. Lagu ini pula dinyanyikan dalam tiga bahasa iaitu English, Arab dan Indonesia.

“Selepas ini, ada lagi dua lagu yang belum dilancarkan iaitu Kun Anta feat bersama Nissa Sabyan dan Kau Ditakdirkan Untukku feat Syakir Daulay. Kesemua lagu ini dirakamkan sepanjang September lalu,” katanya.

Rakam Versi Baharu Lagu Jika, Nuha Bahrin &Amp; Naufal ‘Mendunia’ Di Indonesia

Dalam pada itu, empunya lagu, Melly Goeslaw memuji hasil versi baharu lagu Jika.

“Terima kasih kerana memberikan sentuhan dan versi yang hebat untuk lagu saya. Saya berharap versi baharu Jika ini berjaya mencipta rekod dalam sejarah industri muzik.

– Melly Goeslaw

“Masya-Allah, biarpun usia lagu ini sudah 23 tahun, ia diberikan nafas baru lagi oleh Nuha dan Naufal dan hasilnya indah sekali. Terima kasih buat semua peminat dan pengkarya di Malaysia yang mengagumi lagu-lagu saya. Ini membuatkan saya tidak sabar untuk beraksi di Malaysia kelak, insya-Allah,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Search

Search Bakal Gegarkan Penang & Johor Menerusi Konsert Rockin’ Arena

Jamal Abdillah | 15

Konsert Gemilang Bersama Dato’ Jamal Abdilllah di UTMKL Pada 9 Disember Ini