in

Anggota Kumpulan Kecik Raja Lawak Ditahan Ambil Dadah

Berita bertajuk ‘Raja Lawak kena tahan’ di Harian Metro hari ini mungkin tidak mengejutkan pengikut setia Raja Lawak kerana sebelum ini ahli kumpulan lawak ni pernah dikatakan terlibat dengan najis dadah beberapa tahun lalu. Namun, apabila tertangkapnya anggota kumpulan lawak ini, maka sahlah dia ada mengambil dadah seperti yang diwar-warkan. Kumpulan lawak dari Sabah yang pernah menjuarai program Raja Lawak tidak lain tak bukan iaitu kumpulan Kecik yang dianggotai oleh Safuan Madeaming, 21 (Wan), dan Mohd Ilham Rusdy, 20 (Achoe). Mereka pernah menjadi juara Raja Lawak musim ke-4. Soalnya, kalau betul kumpulan Kecik, siapakah yang ditangkap? Wan atau Achoe?

Kumpulan Kecik meredakan gemuruh peserta

Untuk info, juara Raja Lawak dari musim pertama hingga lima ialah Yus dari Kedah, Nabil dari Negeri Sembilan, Sepah dari Johor, Kumpulan Kecik dari Sabah dan Man dari Kuala Lumpur.

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizz Fairuz Pilih Irma Hasmie Sebagai Isteri?

Gambar Sekitar Pelancaran Mini Album Qalisha