in , ,

Fizz Fairuz Pilih Irma Hasmie Sebagai Isteri?

Fizz Fairuz Pilih Irma Hasmie Sebagai Isteri Dalam Telemovie Mencari Bidadari Di TV1

Peminat pelakon Fizz Fairuz dan Irma Hasmie usah lepaskan peluang untuk menyaksikan dua pelakon hebat ini ‘disatukan’ sebagai pasangan suami isteri yang mencari keredhaan dalam ikatan perkahwinan menerusi sebuah telemovie menarik disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Mencari Bidadari Pada 7 Oktober 2011, jam 10.30 pagi menerusi saluran TV1.

Drama turut dibintangi Fathil Dani, Razali Buyong dan Rose Iskandar ini mengisahkan watak Hakim lakonan Fizz Fairuz adalah seorang pemuda kacak dan genius merupakan anak seorang guru agama. Hakim berpegang kuat terhadap agama berkelulusan universiti dan bekerja sebagai seorang akitek. Dalam usia menghampiri 30 tahun dia masih belum berkahwin dan tidak mempunyai walaupun seorang teman wanita, biarpun dirinya memang digilai oleh ramai wanita.

MENCARI BIDADARI

Kedua-dua ibu bapanya sering bertanya dan menyoalnya mengenai perkara itu tapi dia sering mengelak. Akhirnya atas desakan yang bertalu-talu membuatkan Hakim terpaksa berterus terang.Hakim memberitahu kedua ibu bapanya yang dia sudah hilang keyakinan terhadap anak gadis zaman sekarang. Sehingga hari ini dia tidak bertemu dengan seorang perempuang solehan yang boleh menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya.

Ibu dan bapanya menasihati dan akhirnya dia menyerahkan keputusan mencari pasangan hidup kepada ibu dan bapanya. Kedua ibu dan bapanya telah berusaha mencari pasangan sepertimana yang dihajati oleh anaknya. Mereka telah bertemu anak seorang guru pondok yang mempunyai anak dara yang cantik dan berakhlak tinggi.

Hakim akhirnya bersetuju bertunang dalam masa tiga bulan dan dia langsung tidak mahu melihat pasangannya. Apabila ditanya dia memberitahu yang dirinya begitu yakin bahaw kedua ibu dan bapanya akan mencari calon yang terbaik untuknya. Hakim juga tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan macam lazim dibuat orang. Dia hanya mahu menjemput kaum keluarga, kawan-kawan di tempat kerja dan jiran-jiran yang terdekat.

Sebelum melakukan majlis angkat nikah bapa pengatin seorang guru agama yang tersahor telah memberitahu Hakim yang anaknya seorang gadis yang pekak, bisu dan buta. Jika Hakim sudi berkahwin dia akan mengadakan majlis angkat nikah.

Hakim terkejut dan memandang kepada kedua ibu dan bapanya. Kedua-duanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Hakim lalu memberitahu bakal bapa mentuanya bahawa dia yakin dengan pilihan kedua ibu dan bapanya walaupun bisu, pekak dan buta dia bersedia menerimanya.

Selepas upacara angkat nikah maka bapa mentuanya meminta dia pergi mendapatkan isterinya dalam bilik untuk melihat dan menyarung cincin perkahwinan. Hakim terkejut isterinya yang dikatakan buta itu tidak buta, isterinya yang dikatakan pekak dan bisu itu juga bukan begitu.

Lalu dia keluar mendapatkan kedua ibu bapa mentua serta kedua ibu dan bapanya dan mempertikaikan apa yang dikatakan oleh bapa mentuanya tadi. Apakah rahsia yang disembunyikan mereka? Adakah isterinya benar-benar bisu, pekak dan buta atau pun kenyataan itu hanya sekadar mahu menguji sejauh mana kepercayaan Hakim terhadap jodoh?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas

Anggota Kumpulan Kecik Raja Lawak Ditahan Ambil Dadah