in ,

Raja Azura dan Ady Putra Menang Karaktor Jahat Anugerah Oscar 2008

Budiey nak ucapkan tahniah kepada kedua pelakon yang serba boleh ini… siapa lagi kalau bukan Raja Azura dan Ady Putra yang telah merangkul anugerah Karaktor Jahat dalam drama di Anugerah Oscar 2008.

Budiey kira watak Raja Azura dalam Takbir Suci 2 tu memang jahat habis. Sehinggakan ada peminat yang bertemu dengannya masih terigau-igau dengan watak jahat tu. Sampai sekarang orang masih ingat. Itu yang kita namakan lakonan yang berkesan dan punya impak.

Kak Engku ada cakap, masa di lokasi drama ini, Kak Engku tak banyak cakap dengan pelakon kanak-kanak dan mereka begitu takut dengan Kak Engku sehingga mereka tak nak masuk ke set pengambaran.

Bagi Ady Putra pula, anugerah ini adalah anugerah pertama yang diterimanya sepanjang bergelar pelakon. Ady tetap bersyukur sebab masih ada pihak yang mengiktiraf bakatnya.

Budiey harap, dengan anugerah ini dapat menaikkan semangat untuk terus maju dan menghasilkan lakonan yang lebih berkualiti di masa akan datang. Syabas untuk kedua-dua pelakon ini!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Wedding Rusdi Ramli dan Sharon Paul Kahwin

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli