in , ,

Raja Afiq Bengang Dituduh Ambil Dadah, Ditanggung Isteri Sebab Tiada Job

Gara-gara berat badannya turun mendadak, ada pihak tidak bertanggungjawab menuduh pelakon Raja Afiq mengambil barang terlarang.

Afiq menafikan tuduhan tersebut  serta akan mengambil tindakan kepada individu yang memfitnahnya.

“Sebelum ini saya ada keluarkan cerita disihirkan jadi mungkin orang yang sama lakukan iaitu orang yang sihir itu, kami tak mahu tuduh sesiapa cuma boleh fikir logik akal sebenarnya.

“Hisap dadah apanya, saya ni hisap rokok pun tidak tau, saya cuma bersukan saja sekarang ni dan itu sebab turun berat badan mendadak, cerita saya atau kehidupan saya hanya isteri saja yang tahu.

“Kepada yang menuduh atau melemparkan segala tuduhan tersebut saya mahukan bukti sahih saya hisap dadah itu dan saya tak maafkan individu terbabit… jumpa la dekat akhirat nanti,” 

– Raja Afiq

Sementara itu, isteri kepada pelakon itu iaitu Soffwany Yusoff berkata tidak salah jika dia menanggung kehidupan  suaminya disebabkan gangguan sihir yang dikatakan menyekat rezekinya.

“Bukan satu kesalahan kerana kita suami isteri. Kita berkahwin untuk saling membantu, melengkapi.. bukan saling membebani satu sama lain,” 

– Raja Afiq

Terdahulu, Afiq mendedahkan dia melalui detik hitam apabila berdepan masalah kesihatan selepas disihir oleh individu tidak dikenali.

Afiq berkata ustaz yang merawatnya mengatakan individu tersebut mempunyai niat untuk menyekat rezekinya. Malah sejak pertengahan tahu lalu dia juga kurang menerima tawaran berlakon dan kurang keyakinan diri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Komen Alif Satar Selepas Dikritik & Dikecam Sebab Berlakon Filem PULAU

Mierul Aiman

Kalau Sayang, Cakap Jelah- Mierul Aiman Drama Imam Instant Ustazah Scammer