in ,

Rain Tampil Persembahan BETADIA NIGHT Bersama Andrew Tan & Jess Lee  

Superstar Korea Rain Tampil Persembahan Di “Betadia Night” Bersama Artis Tempatan Andrew Tan Dan Jess Lee

Semenjak pintu sempadan Malaysia dibuka, Malaysia menjadi salah satu tempat pilihan untuk artis luar negara datang buat persembahan dan terkini, superstar korea terkenal Rain akan datang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan bersama artis tempatan Andrew Tan dan Jess Lee sempena “Betadia Night” pada 27 Ogos 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Rain, superstar korea yang cukup dikenali sebagai seorang penyanyi , penari, pelakon dan juga pengacara pelbagai rancangan telah dijemput ke Malaysia untuk mengadakan persembahan sejak penampilannya yang terakhir di pentas konsert di Malaysia 5 tahun yang lepas.

Selain dari Rain, turut diundang dua penyanyi tempatan Andrew Tan dan Jess Lee yang bakal menghiburkan pada “Betadia Night”. Andrew Tan adalah penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak tahun 2006 selepas memenangi pertandingan ‘Astro Talent Quest’ di Malaysia dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship” di Hong Kong. 

【NEW】All Artist_Eng Ver

Pada tahun 2010, Andrew Tan mula menjadi perhatian selepas lagunya ‘Tian Hou’ mula mendapat tempat di industri muzik Taiwan dan bermula disitu, dia terus mengembangkan bakatnya di bidang lakonan. 

Jess Lee memulakan kariernya sebagai penyanyi setelah menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular “One Million Star (Musim ke-7)” dan berjaya mengumpulkan markah tertinggi dan memecah rekod pada pusingan akhir. Kini, dia menetap di Taiwan bagi mengukuhkan lagi bakatnya.

Ketiga-tiga artis – Rain, Andrew Tan and Jess Lee akan tampil persembahan dan bakal menyanyikan beberapa lagu di “Betadia Night” pada 27 Ogos 2022, jam 8 malam di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Betadia Night” merupakan malam persembahan istimewa dari bintang artis terkenal yang turut dilancar oleh hos Betadia Malaysia.

Apa yang lebih mengembirakan bagi peminat Rain, Andrew Tan dan Jess Lee, “Betadia Night” adalah satu persembahan percuma dimana dia membuka peluang kepada orang awam untuk menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket di talian secara percuma. 

Untuk mendapatkan tiket percuma menonton persembahan Rain, Andrew Tan dan Jess Lee, orang awam perlu mengikuti langkah-langkah untuk mendaftar di dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang program “Betadia Night” dan cara mendaftar untuk melihat persembahan secara langsung artis kesayangan anda – Rain, Andrew dan Jess Lee di atas pentas, sila ikuti laman Facebook Betadia Malaysia di https://www.facebook.com/betadiamy/ dan http://www.betadia.asia/  untuk rebut tiket di dalam talian sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selain HONOR 70, HONOR Lancar Komputer Riba MagicBook 14 & tablet Pad 8

“Jangan Pergunakan Saya Untuk Naikkan Rating,” – Baby Shima Bagi Amaran