in , ,

Selain HONOR 70, HONOR Lancar Komputer Riba MagicBook 14 & tablet Pad 8

Peneraju industri, komputer riba 14 inci dengan 70W dan satu-satunya tablet dengan 8 pembesar suara dilancarkan pada 18 Ogos ini!

Susulan pengumuman pelancaran rasmi HONOR 70 yang akan mengetengahkan Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 pada 18 Ogos ini, HONOR hari ini tampil membuat beberapa kejutan buat peminat di Malaysia.Berkongsi pentas majlis pelancaran bersama HONOR 70 – telefon pintar yang dilengkapi ciri-ciri fotografi yang dipertingkatkan – pada siaran langsung adalah HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8.

HONOR 70 HONOR MagicBook 14 & HONOR Pad 8_KV

HONOR 70 – Berkilauan di Setiap Tangkapan

Ramai begitu teruja untuk mendapatkan model terbaharu Siri Nombor tersebut sebaik beberapa gambar didedahkan kepada umum selepas pengumuman mengenainya pada minggu lalu. 

Untuk pengetahuan, HONOR 70 adalah telefon pintar pertama didatangi dengan sensor IMX800 yang memberi kelebihan besar pada aspek fotografi telefon pintar. Gambar yang diambil lebih jelas dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah dan cahaya di belakang. Penggemar fotografi bebas meneroka dan mencuba pelbagai jenis fotografi dalam apa jua keadaan, sekaligus mencipta kejayaan dalam fotografi telefon pintar.

Photo credit to @amsyarnaaif
(Photo credit @amsyarnaaif)       

Berbanding dengan sensor IMX766 yang digunakan oleh kebanyakan telefon pintar mercu, IMX800 pula melonjakkan julat dinamik kamera pada 23%, menewaskan pesaingnya dari segi kejelasan, kualiti dan prestasi cahaya rendah. Penggemar fotografi pastinya berpuas hati dengan penderia kamera lebih besar tersebut yang membolehkan jumlah cahaya lebih tinggi masuk ke penderia bagi menghasilkan tangkapan luar biasa pada waktu malam.

Photo credit @zarnizar
(Photo credit @zarnizar)

Selain ciri-ciri fotografi menarik, HONOR 70 boleh diselaraskan untuk kolaborasi berbilang skrin dan HONOR Share dengan HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8. Gambar, dokumen dan bahan-bahan lain boleh dipindahkan dengan mudah untuk mempertingkatkan kelancaran kerja pada zaman yang serba mencabar kini.

HONOR MagicBook 14 – Kuasa Prestasi

HONOR MagicBook 14 menampilkan komputer riba bersaiz 14 inci dengan 70W yang pertama pada julat harga yang sama dengan prestasi luar biasa. Ia memiliki kad grafik khas NVIDIA RTX 2050 yang dapat meningkatkan kuasanya untuk 3D render besar, suntingan video atau foto. Komputer riba ini turut dilengkapi bateri berkapasiti besar 75Wh dan selepas dicas penuh membolehkan main balik video 1080p sehingga 15 jam. Tidak banyak yang seperti HONOR MagicBook 14 dalam pasaran dengan ciri-ciri prestasi tinggi dan bateri tahan lama.

HONOR Pad 8 – Pengalaman Sinematik Dalam Genggaman

Sehingga kini, HONOR Pad 8 kekal satu-satunya tablet dalam kelas harganya yang mempunyai 8 pembesar suara. Ia dilengkapi paparan HONOR Fullview dengan perlindungan mata berdefinisi tinggi 12 inci 2K, peminat boleh menikmati pemandangan sinematik seperti dalam pawagam pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Dengan kembalinya Google Mobile Services (GMS), aplikasi muat turun dan kemas kini boleh dilakukan menerusi Google Play Store. Mengetengahkan Multi-windows Viewing dan App Extender, skrin tablet yang besar sesuai untuk apa jua kegunaan, sama ada untuk kerja atau hiburan. 

Ikuti siaran langsung di Facebook HONOR Malaysia

Dah dengar bukan? Jadi tandakan kalendar pada 18 Ogos, jam 8 malam untuk menyaksikan siaran langsung rasmi pelancaran HONOR 70! Untuk berita terkini tentang HONOR 70, HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8, layari  https://bit.ly/HONOR70newlaunchPR atau langgani laman Facebook HONOR Malaysia hari ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri PEKAN KECIL KAMPUNG TERPENCIL Kerjasama RTM Dan DBP

Rain Tampil Persembahan BETADIA NIGHT Bersama Andrew Tan & Jess Lee