in ,

Raikan Merdeka 31 Ogos Ini di RTM

Lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini ternyata dekat di hati seluruh rakyat Malaysia terutama pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga pada tanggal 31 Ogos ini menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan memberikan pilihan kepada seluruh penonton dan rakyat Malaysia untuk mengikuti filem mahu pun telefilem sesuai dengan sambutan tanggal keramat ini.

Menerusi saluran utama TV1 menyiarkan telemovie khas arahan Shuhaimi Lua bertajuk “Bukan Lelaki Biasa” yang membawakan kisah anak-anak Malaysia kacukan Bangladesh yang tebal jiwa patriotik dalam diri mereka. Walaupun sering dihina perbezaan bangsa, budaya dan asal-usulnya tidak menghalang mereka menjadi anak Malaysia yang sejati. Ia dibintangi pelakon Radhi Khalid, Idris Khan, Fendy Bakry, Hafeez Mikail, Nad Zainal dan Catriona Ross.

Telemovie Bukan Lelaki Biasa di TV1

Sementara itu menerusi saluran TV2, pukul 10.30 malamtampil dengan tayangan filem dari negara Kyrgyzstan bertajuk Kurmanjan Datka Queen of The Mountains” dengan plot kisah yang jarang sekali berpeluang ditonjolkan ini. Filem profil biopik bersejarah yang mewakili negara-negara wanita yang membantu menyatukan Kyrgyzstan pada tahun 1800-an, “Kurmanjan Datka Queen of the Mountains”juga merupakan filem bahasa asing dipertandingkan dalam Anugerah Oscar. Skop epik yang dibawakan dalam filem ini berunsur semangat cintakan negara.

Filem epik berkaitan seorang wanita yang kuat, berani dan berdikari pada zamannya, dikenali sebagai Kurmanjan, yang dihormati hingga ke hari ini. Beliau menggunakan pendekatan diplomasi untuk menyelamatkan negaranya dari kemusnahan sepenuhnya ketika Rusia menyerang wilayah negara mereka. 

pelakon utama Bukan Lelaki Biasa di TV1

Seterusnya saluran TV Okey bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan telemovie “Wanita di Hujung Kuala”, pukul 8.00 malam.Ikuti perjalanan kisah gadis bernama Nur yang teringin untuk melanjutkan pelajaran seperti abangnya, Idris dan Yusuf yang bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Namun ayah mereka, Pak Ali membantah impian Nur. Nur yang bekerja di pejabat Tuan Andrew dimana Tuan Andrew teruja dengan sikap Nur yang rajin untuk membaca buku dan belajar bahasa Inggeris dalam waktu yang sama. 

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Nur dalam menuntut ilmu sehinggalah beliau berjaya ditawarkan oleh pihak British untuk menyambung pelajaran di England.

Nazeera Sardi, Riz Amin dan Zahid dalam wanita di hujung Kuala

Telemovie ini menampilkan gandingan pelakon utama iaitu Daler Yusof, Nazeera Sardi, Riz Amin, Sharifah Shahora dan Zahid Baharudin.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Nazeera Sardi dalam Wanita di Hujung Kuala

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Axiata & Celcom Mempersembahkan GETARAN PERTAMA

Lirik Lagu TAKKAN MERUBAH – Sufian Suhaimi & Amira Othman