in , , ,

Lirik Lagu TAKKAN MERUBAH – Sufian Suhaimi & Amira Othman

Jom saksikan muzik video rasmi TAKKAN MERUBAH single duet terbaru Sufian Suhaimi & Amira Othman! OST Filem MOTIF yang bakal berada di pawagam pada 26 September 2019!

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi tampil dengan single duet bersama Amira Othman, Takkan Merubah. Lagu ciptaan Farouk Roman serta Amylea Azizan itu akan turut menjadi runut bunyi bagi filem Motif.

Sufian menyifatkan Amira seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama.

Lirik Lagu TAKKAN MERUBAH – Sufian Suhaimi & Amira Othman

“Sebagai penyanyi, saya perlu mencari kelainan dalam persembahan. Saya tidak mampu lepaskan peluang berharga ini, tambahan pula sentuhan Farouk dan Amylea mempunyai magis tersendiri,”

“Projek ini istimewa apabila saya dapat berduet dengan Amira. Dia sangat menyenangkan, malah membuat persediaan rapi sebelum kami melangkah ke studio rakaman,”

– Sufian Suhaimi

Untuk pengetahuan, proses rakaman Takkan Merubah mengambil masa lapan jam untuk disiapkan.

“Kami masuk studio pada 19 Ogos lalu untuk proses rakaman yang bermula jam 9 malam. Memandangkan ia kerjasama pertama saya dan Amira, kami perlu terlebih dahulu mencari titik keserasian.

Biarpun mengambil sedikit masa, saya tidak kisah kerana setiap komposer mempunyai cara tersendiri untuk memastikan lagu yang dirakamkan memberikan kepuasan kepada semua yang terbabit,”

– Sufian Suhaimi

Diharapkan lagu duet ini akan membawa ‘tuah’ sekali lagi buat Sufian dan juga Amira di masa akan datang.

Saksikan Lirik Lagu Takkan Merubah adalah single duet terbaru yang dinyanyikan oleh artis Malaysia kita, Sufian Suhaimi dan Amira Othman daripada filem, MOTIF (2019) yang bakal berada di pawagam pada 26 September 2019. Muzik telah dikomposi oleh Farouk Roman.

Manakala, LIRIK LAGU TAKKAN MERUBAH telah ditulis oleh Amylea. Lagu telah diedari oleh Aries Music di bawah muzik label. Jom sama-sama baca “Lirik Lagu Takkan Merubah” di bawah

Difikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang menitip jalan kepadanya
Telah ku teruskan semuanya

Dalam diamku 
Makin tak terubat
Apa yang benar sunyi di hadapku
Kini sudah kau menyahutkan jawapannya

Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu

Musim takkan merubah perasaan
Walau ku diam saja tak berpaling
Bisa ku lari dari cinta namun tak dapat ku pergi

Difikiranku hanya ada engkau
Maafkan hati yang menitip jalan 
Kepadanya…telah ku teruskan semuanya

Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu

Musim takkan merubah perasaan
Walau ku diam saja tak berpaling
Bisa ku lari dari cinta namun tak dapat ku pergi

Ingin putuskan saja ceritamu
Tentang hati yang rapuh dan berbalik
Siapa mampu menantikan berat dan kesal hatimu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Merdeka 31 Ogos Ini di RTM

Sekitar Pembukaan Semula Elianto Cawangan 1 Utama