in , ,

Raih Gelaran Emerging CEO Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa KMZ

Perjuangan melawan penyakit takkan bernoktah, KMZ mahu harungi bersama masyarakat

Klinik yang tiba-tiba popular di era pandemik COVID-19 dua tahun lalu, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) terus terbang tinggi.

Tanggal 21 Julai lalu, klinik itu menerusi pucuk pimpinannya, Datuk Mohd Nafidz Haji Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022 berlangsung di Hotel Royale Chulan, KL.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz

Anugerah terbaharu itu terus menjadi aspirasi buat Mohd Nafidz untuk memacu dan memimpin KMZ lebih dinamik lagi terutama dalam membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri.

Bertapak sejak tahun 2013, cawangan klinik itu bercambah pesat dari satu cawangan ke cawanagan lain. Hingga kini, sudah 24 cawangan dibuka menjelang 2022 yang berperanan sebagai ejen perantara kepada masyarakat.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz

Seterusnya ia dijangka genap menjadi 50 cawangan pada 2025 ini.

“Selepas kita bergelut dan masih dihantui dengan COVID-19, dunia termasuk Malaysia sendiri didatangi dengan penularan virus penyakit lain pula termasuk Influenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral serta macam-macam lagi.

“Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri.

“Kita saling memerlukan. Ibu bapa sendiri berjuang dengan anak yang sakit. Warga emas yang kurang upaya turut menagih perhatian keluarga. Kesemua golongan ini sentiasa menjadi sasaran utama kami yang ingin sentiasa dibantu,” kata Mohd Nafidz.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz
Datuk Mohd Nafidz (tengah berkot biru) bersama isteri, pengurusan tertinggi KMZ dan ibu bapanya.

Justeru dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluurh masyarakat, KMZ terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.

“Impian saya dan seluruh warga kerja mahu menjadikan KMZ sebagai platform ‘bantu masyarakat’ di samping mendidik kepimpinan dan keusahawanan kepada semua barisan usahawan pelesenan kamu.

“Kami mahu terus berbakti dengan menjadi agen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit.

“Kami mahu bantu memudahkan masyarakat dengan perkhidmatan saringan pandu lalu 24 jam, klinik mobil ke lokasi untuk pesakit yang tak boleh keluar rumah. Walaupun tak mudah untuk mengadakan servis ini, namun ia tetap diusahakan untuk diadakan setiap hari termasuk hujung minggu dan juga cuti awam,” katanya.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz
Mengabadikan kenangan bersama pengurusan tertinggi KMZ

Mohd Nafidz menambah, semua cawangan KMZ turut beroperasi pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti perayaan lain.

“Dedikasi dan pengorbanan warga kerja KMZ amat saya hargai dalam terus membela nyawa serta tahap kesihatan masyarakat.

“Saya sendiri sangat optimis dengan kewujudan lebih banyak cawangan di serata semenanjung Malaysia dan pasukan yang kini mencapai bilangan anggota lebih 400 orang.

“Tentunya semua itu akan menjadi aset utama kepada perjuangan saya sekali gus memberikan yang terbaik buat masyarakat dan negara,” katanya.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz
Malam terindah buat Datuk Mohd Nafidz meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022

Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.

“Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasib baik.

“Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah. Moga impian ini akan lekas jadi kenyataan,” katanya.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz

Terdahulu, sekitar Februari lalu, KMZ meraih kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.

Kejayaan demi kejayaan diperolehi menjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuanga sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia

Disifatkan antara jenama ‘penting’ di era pandemik lalu, pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz

KMZ beribu pejabat di Bandar Baru Bangi Selangor. Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu juga dilihat antara ‘ejen’ penting KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai COVID-19.

Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz
Raih Gelaran Emerging Ceo Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa Kmz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 6 2 | 20

Band KLANGIT Lancar Single Kedua Yang Lebih Padu Berjudul PUSING 

Wani Hasrita 2020 | 21

Tahniah! Selamat Pengantin Baru Wany Hasrita, Mohd Al Adib Selamat Bernikah