in , ,

Band KLANGIT Lancar Single Kedua Yang Lebih Padu Berjudul PUSING 

Klangit adalah sebuah band yang telah membuat kemunculan pada tahun 2008 dan sehingga kini masih menempah nama di persada musik industri tanah air.

Nama band Klangit adalah asalnya bernama “ADRIBAND” dan telah ditukarkan pada Klangit pada tahun 2010. Idea nama Klangit adalah melambangkan destinasi yang jauh dan tinggi yang ingin digapai bersama.

Mereka yang dikenali dengan lagu Sesal Mendua masih mengekalkan hala tuju muzik mereka sebagai pemain Modern Rock, Pop, Electro dan Ballad Rock. Klangit kini dianggotai oleh Ary sebagai vokalis dan Haris sebagai pemain gitar. 

Terkini, Klangit telah disambar oleh pihak syarikat rakaman Rusa Music pada tahun 2020 dan telah membuahkan hasil pertama mereka atas kerjasama Rusa Music. ‘Aku Masih Disini’ adalah tajuk single pertama mereka bersama Rusa Music pada tahun 2020 juga. Aku Masih Disini telah memperoleh hampir 1 juta tontonan di Youtube Rusa Music.

Dan terbaru, Klangit berjaya menghasilkan single ke dua mereka yang bertajuk Pusing. Lagu Pusing ini berentak lebih catchy adalah hasil ciptaan sepenuhnya Ary Klangit, Haris Klangit dan Zimi.

Maksud lagu Pusing ini adalah seorang perempuan merupakan kekasihnya yang sering membeli belah didalam talian hingga membuat dirinya berasa pusing kerana perlukan belanja secara banyak hanya demi kekasihnya yang dicintai.

Klangit Cover Art 2 (1)

Mengenakan music video yang bertamakan warna Kuning menampakan lebih menarik dan kotak bungkusan yang banyak. Ini kerana konsep sebegini lebih dekat pada jiwa rakyat pada masa kini. 

Single Pusing kini boleh anda dengarkan di semua pelantar digital muzik termasuk Muzik 

Video di YouTube Rusa Music. Diharap karya Pusing ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio tempatan dan diterima ramai.

Segala info terkini boleh diketahui melalui laman instagram @klangit_official, @aryklangit, @harisklangit dan @rusamusic untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single Pusing dan Klangit. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aisha Retno | 15

Wajah Terpampang Di New York, Pembakar Semangat Aisha Retno 

Zahran | 16

Raih Gelaran Emerging CEO Of The Year, Mohd Nafidz Mahu Terus Perkasa KMZ