in

Rahsia Tips Cantik Menawan dari O’SLEE

O’slee Malaysia memperkenalkan formula serum kesegaran formula serum Lemon Soda Whitening Serum dan edisi Rosehip Beauty Solution Ruby Edition yang dapat memperbaharui dan mengembalikan kecerahan, seri keremajaan.

Diformulakan untuk individu yang bersungguh­sungguh inginkan kelembutan, kulit terhidrat dalam kepantasan gaya hidup di Hong Kong, O’slee sedang mengeratkan kedudukannya di Malaysia dengan menambah bukan saja satu, tapi dua rangkaian produk penjagaan wajah dan kecantikan O’slee.

Aaron Is Putting O’slee’s Latest To The Test With A Whitening Experiment Conducted With The Lemon Soda Whitening Serum.  (2)

Pelancaran itu diadakan di Carcosa Seri Negara dengan suasana selesa, terpencil dari kesesakan Kuala Lumpur. Ia adalah tempat dipilih secara strategik untuk memanjakan ahli media yang hadir, membolehkan mereka untuk melegakan fikiran, berehat dan mengambil perlindungan daripada kerakusan serangan luar, agar mereka boleh memulihkan tenaga dan beramah mesra dengan tenang.

Bagi memulakan kesegaran acara mengikut cara O’slee, pengacara majlis Xavier Mah secara ringkas memperkenalkan nilai asas jenama baru ini di mana ia sudah pun melalui perjalanan biasa untuk tiba ke pasaran negara kita. Ini kerana, hak pengedaran daripada pengasasnya di Hong Kong bukan dimiliki oleh seorang wanita besi, tapi seorang usahawan berusia­ 25­tahun yang melihat potensinya dan mengambil keputusan melakukan pelaburan dan meletakkan pertaruhan ke atas pasaran yang belum diusahakan di Lembah Klang yang mencari pengalaman penjagaan kulit secara menyeluruh.

Aaron Lee, berpegang pada falsafah dan bercakap tentang produk itu dengan penuh semangat; menjadikan anda fikir beliau tidak pernah meninggalkan rumah tanpa keserian wajahnya yang semula jadi. Paling penting, beliau sukakan kerjayanya sebagai Pengarah Bin US Sdn Bhd dan menggunakan kelebihan daya tarikan dirinya demi kebaikan untuk memperkenalkan kehebatan kulit O’slee.

“Pencegahan lebih baik dari merawat bagi mengurangkan penampilan noda dan kesan penuaan, jelas beliau. Masalah kulit biasanya menjadi lebih teruk kerana proses pembersihan wajah tidak berkesan dan penggunaan produk kecantikan yang mampu mencederakan kulit. Tanda kelesuan fizikal terlebih dulu akan terlihat pada wajah dalam bentuk kusam, kulit tidak sekata dan kulit tidak cepat pulih seperti sebelumnya.

“Keadaan ini berlaku terutamanya di Malaysia kerana suhu cuacanya lembap dan selalunya berhabuk, debu dan pencemaran udara ketika dalam perjalanan harian kita. Saya secara tidak sengaja menemui O’slee ketika dalam perjalanan di Hong Kong, dan tawaran diberikannya masih sesuai untuk kulit saya. Saya gembira bahawa Guardian Pharmacy menunjukkan kepercayaan terhadap diri saya apabila saya cuba untuk memelihara hak O’slee di Malaysia. Mereka telah menjadi rakan perniagaan sangat baik dari satu kejayaan kepada peringkat lebih tinggi, kami sudah pun melebihi semua jangkaan.

Seiringan itu, Aaron melakukan ujian pembaharuan O’slee menerusi eksperimen pemutihan menggunakan serum pemutihan Lemon Soda Whitening Serum. Jus lemon sendiri, walaupun mempunyai sifat pemutihan ia boleh membawa kepada kecederaan pigmentasi kulit sekiranya disapu secara terus ke kulit.

Sebaliknya, serum pemutihan Lemon Soda Whitening Serum tidak akan menyerap cahaya apabila disapu dan kebaikan kandungan antioksida menyekat kelembapan dengan mengembalikan keserian semula jadi untuk kulit lebih jelas sekata, membekalkan kelembapan mencukupi ke kawasan kombinasi kulit lebih kering, membekalkan keanjalan dan melindungi kulit dari tekanan harian dan kerosakan.

Seterusnya, selain menjadi sumber penghidratan baik, pelembap Rosehip Beauty Solution Ruby turut memberikan kesegaran kulit. Ciri­-ciri resapan tinggi terkandung dalam air berkelompok digunakan untuk membantu melawan punca utama penuaan: kelesuan. Ia dibungkus bersama kesemua kebaikan semula jadi keperluan kandungan rosehip dan kacang pis­ komponen utama untuk kulit segar dan pengaktifan stem kulit.

Kulit anda akan tampil montok dan lembut. Tambahan, ia meninggalkan rasa kulit lembut dan juga bantu melawan kerosakan radikal bebas yang menghalang pembentukan kulit pra matang. Satu demonstrasi solekan oleh jurusolek artis Bryan Tan, menunjukkan bagaimana senjata rahsia dalam rejim kecantikan seseorang ini dirumus khusus untuk mensasarkan kawasan menjadi kebimbangan menerusi penggunaan keajaiban, bahan­bahan semula jadi.

Akhir sekali, satu sesi cabutan bertuah dianjurkan bagi memenuhi keinginan mereka untuk menghilangkan kesan noda pada wajah dan menemui rangkaian hebat O’slee dan produk
kecantikan semula jadi menjanjikan kemewahan untuk semua jenis kulit wajah.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.oslee.com.my.

Aaron Is Putting O’slee’s Latest To The Test With A Whitening Experiment Conducted With The Lemon Soda Whitening Serum.  (1)

A Demonstration By Make-Up Artist Bryan Tan,Showed How This Secret Weapon In One’s Beauty Arsenal Is Specially Formulated To Target Areas Of Concern With The Use Of Rare, Natural Ingredi (2)

A Demonstration By Make-Up Artist Bryan Tan,Showed How This Secret Weapon In One’s Beauty Arsenal Is Specially Formulated To Target Areas Of Concern With The Use Of Rare, Natural Ingredients (1)

Refreshing Look By Using O'Slee Skincare Products

Mr Aaron Lee Loves His Job As Director Of Bin Us Sdn Bhd And Is Using His Charm For Good – To Introduce Great O’slee Skin.

Model Posingh With O'Slee Roseship Beauty Solution Ruby Toner (1)

O'Slee Lemon Soda Whitening Serum  (2)

O'Slee Rosehip Beauty Solution Ruby Toner- Rm59 (2)

O'Slee Lemon Soda Whitening Serum

O'Slee Rosehip Beauty Solution Ruby Toner

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 February Sunday Movies

Video Zamani & Sakitnya Tuh Disini Trending di Youtube Malaysia