in , ,

Rahsia Tembusi Pasaran Kemboja, Tukar Judul HEIR OF THE BLACK MAGIC

Selepas meraih kutipan melebihi RM6 juta, filem seram versi reboot Rahsia melebarkan pengaruh apabila menembusi pawagam di Kemboja bermula pada 15 Januari lalu.

    Filem seram versi reboot, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu. 

    Bagi pasaran di sana, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa lokal iaitu  ទាយាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic). 

    Rahsia Tembusi Pasaran Kemboja, Tukar Judul HEIR OF THE BLACK MAGIC

    Alhamdulillah, sebuah lagi filem tempatan berjaya diangkat dan ditayangkan ke negara luar. Sebagai penerbit yang aktif di Malaysia, kami mengharapkan usaha ini dapat membuka peluang lebih banyak buat filem-filem kita untuk dibawa ke sana, sekali gus merapatkan jurang karya tempatan di peringkat serantau di samping mampu mengembangkan jenama Astro Shaw di peringkat antarabangsa.

    Rahsia mempunyai jalan cerita yang universal dan elemen-elemen Nusantara yang diselitkan amat dekat dengan penonton Asia, jadi kami yakin ia mampu menepati cita rasa penonton di sana.”

    Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

    Tahun lalu, Rahsia telah berjaya mencatatkan kutipan pawagam RM6.2 juta. Rahsia merupakan arahan Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

    Rahsia - Tayangan Di Kambodia

    Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi.

    Ia mengisahkan tentang Ramlah pulang bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah  mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?

    Written by Budiey

    Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

    AirAsia Raih Platinum Kategori Perjalanan di Putra Brands Awards

    TYZO

    Rating Menjunam? Tyzo Dedah Bukti Suria Petang Pendengar Paling Ramai