in ,

Radio VOKfm Bakal Mulakan Siaran Mulai 16 September Ini

Sabah bakal menyaksikan satu lagi kemajuan di dalam industri penyiaran radio apabila sebuah lagi stesen radio swasta tempatan bakal memulakan siaran tidak lama lagi.

Bagi pendengar radio yang rindu untuk mendengar suara beberapa penyampai radio popular iaitu Rey Kimara, Felix Agus dan Ramli Carlo bakal diceriakan kembali dengan kemunculan semula mereka di stesen radio terbaru – VOKfm Sabah. Lahir dengan tagline ‘Bukan Biasa-Biasa’, VOKfm turut membariskan Beebey, Aegy Pop dan Roger (popular dengan nama SaliparJipun) selain beberapa penyampai baharu.

Radio VOKfm

V.O.K. adalah singkatan bagi Voice Of Kinabalu sekaligus mencerminkan VOKfm sebagai sebuah stesen yang akan mempromosikan Sabah amnya kepada pendengar sejagat. Stesen ini menyasarkan kepada pendengar muda dengan gabungan muzik serta elemen hiburan sebagai asas kekuatan selain pengisian program yang memfokuskan citarasa dan budaya setempat.

Bercakap di sesi santai suai kenal dan pengenalan VOKfm kepada media, Faqrul Azim (kapten) selaku CEO dan Station Manager VOKfm yang bakal menerajui saluran baharu ini menyatakan bahawa kehadiran VOKfm bakal memberikan saingan sihat kepada industri radio di Sabah. Beliau yang mempunyai lebih daripada 12 tahun pengalaman bersama beberapa saluran radio negara, yakin bahawa VOKfm akan menjadi satu fenomena baharu dan akan menarik pendengar untuk mengikuti saluran ini.

Radio VOKfm

Sebagai permulaan VOKfm akan menjalankan siaran ujian secara streaming bermula minggu ini sebelum ke udara secara LIVE pada 16 September 2017 di www.vokfmsabah.com dan secara berperingkat ke siaran FM. Pendengar dijangka akan dapat menikmati siaran VOKfm melalui frekuensi FM di sekitar Kota Kinabalu dalam masa terdekat sebelum diperluaskan di masa akan datang.

Mengulas sedikit mengenai perancangan dan kandungan rancangan, VOKfm telah merancang pelbagai strategi dan rangka promosi yang turut akan melibatkan penaja dan pendengar. VOKfm turut memperkenalkan Rey Kimara sebagai Pengurus Rancangan stesen radio ini. Satu majlis pra-pelancaran dan sidang media turut akan diadakan menjelang pertengahan September sempena siaran pelancaran online bersempena dengan Hari Malaysia di Pusat Penyiaran VOKfm Sabah.

Untuk mengikuti perkembangan terkini VOKfm Sabah, anda boleh mengikuti mereka di www.vokfmsabah atau Facebook, Instagram & Twitter @vokfmsabah

Radio VOKfm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Seri Vida jadi Presiden KAFA? Biar Betul Ni

5 Sebab Kurta Teluk Belanga Cirgaro™ Perlu Korang Beli