in

5 Sebab Kurta Teluk Belanga Cirgaro™ Perlu Korang Beli

Tinggal beberapa hari je lagi kita semua akan sambut hari raya haji. Maka, seperti mana hari raya puasa juga, Budiey pun tercari-cari baju raya untuk dipakai semasa pagi hari raya haji tu. Biasanya Budiey akan pakai jubah tapi tahun ni, Budiey nak cari kurta sebab senang sangat nak pakai kurta ni.

Kehadiran trend pemakaian Kurta semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan golongan lelaki. Ianya mula popular digayakan sebagai second day outfit pada hari raya. Lepas tu pulak tak nak leceh-leceh la kan, sebab biasanya selepas solat raya tu, kita akan pergi ke tempat korban.

Perlu diingat kehadiran kurta adalah bukan untuk mengantikan pakaian tradisi kita Baju Melayu. Ianya lebih kepada pertambahan fesyen untuk lelaki – contoh fesyen wanita ada baju kurung + jubah perempuan + blouse. Lama kelamaan ianya sudah menjadi kewajiban untuk berkurta pada hari jumaat atau pada majlis-majlis social. Ya, Budiey setuju, antara sebab trend kurta mendapat dihati peminat-peminat fesyen lelaki adalah satu – praktikal.

Kurta-Teluk-Belanga-Outdoor-Pose-Dusty-Pink

Dalam duk pening cari kurta mana yang cantik molek untuk dipakai hari raya haji ni, Budiey terjumpa dengan sebuah video di Youtube, ada model kacak duk gayakan kurta yang sangat praktikal dan memang terletak je pakai. Jadi, Budiey pun buatlah carian tentang kurta yang dikenali dengan nama Cirgaro™.

Pemakaian kurta lelaki adalah praktikal disebabkan:

• potongan regular fit yang membuatkan pemakai kelihatan tampan, segak dan kacak
• pengunaan Fabrik Cotton yang selesa dan tidak panas
• versatile digayakan dengan seluar slack atau jeans
• multi purpose sesuai dipakai ke pejabat mahupun ke majlis-majlis social.

5 Sebab Kurta Teluk Belanga Cirgaro™ Paling Cantik 2017/2018

1. Citarasa Tempatan Yang Trendy

Fesyen Kurta pula telah disesuaikan dengan citarasa tempatan. Tidak lagi kurta ini kelihatan labuh seperti kurta-kurta di sebelah benua India sana.
Kurta buatan tempatan labuhnya lebih singkat contoh macam baju kemeja yang di tuck out.

Jadi, mari kita lihat antara jenama tempatan yang semakin mendapat tempat dikalangan peminat fesyen tempatan, Singapura, Brunei dan jauh hingga ke Australia.

Cirgaro™ merupakan brand tempatan antara paling banyak mengeluarkan kurta dan seringkali kurta keluaran mereka sold out dan perlu direstock berulang-ulang kali.

2. Kualiti Fabrik & Jahitan Yang Bermutu

Brand ini juga menjadi pilihan orang ramai disebabkan kualiti fabrik dan jahitan serta jumlah warna yang ditawarkan hampir mencecah 50 warna (untuk kesemua koleksi kurta).

Berbeza dengan brand-brand lain yang hanya mengeluarkan saiz hingga XL dan potongan Slim Fit, Cirgaro menawarkan saiz bermula saiz S hingga 3XL dengan potongan Regular Fit supaya lebih ramai boleh pakai busana keluaran mereka.

3. Sesuai Dengan Lelaki Gempal

Berkata mengenai potongan Regular Fit, potongan ini sedikit berbeza dengan potongan slim fit yang hanya sesuai dengan orang yang berbadan kurus. Potongan Regular fit lebih sesuai untuk semua, di mana lelaki yang sedikit gempal turut selesa apabila menyarung busana Kurta keluaran Cirgaro Apparel.

Walaupun sesuai dipakai oleh lelaki yang mempunyai perut contohnya (terutama golongan lelaki yang dah kawin). Potongan Regular Fit adalah tidak nampak mengelebeh apabila dipakai. Golongan lelaki yang kurus pula tetap nampak segak.

4. Selesa, Praktikal dan Sesuai dengan Pelbagai Acara

Di sini merupakan USP Cirgaro yang membolehkan hampir 90% lelaki yang mencuba Kurta Keluaran mereka pastinya akan tertawan dan paling penting SELESA.

Untuk keluaran terkini Cirgaro Apparel. Mereka menampilkan Kurta Teluk Belanga 2018 (keluaran kedua selepas Kurta Uno dalam kategori Teluk Belanga)

Video Kurta Teluk Belanga

Kurta Teluk Belanga ini merupakan Gabungan Rekaaan Tradisional (Kolar Teluk Belanga) digabungkan dengan rekaan Moden Kurta.

Berkonsepkan design minimalist dan praktikal. Kurta Teluk Belanga Cirgaro Apparel sebenarnya sarat dengan feastures yang pastinya membuatkan anda rasa berbaloi apabila memilikinya.

Features adalah Seperti di bawah:

• “Regular Fit – Ready to Wear Size” Saiz bermula S hingga 3XL – Pola sizing yang telah di improve untuk keselesaan.

• “Riveted Metal Button with Brass Finish” – Butang baju tanpa karat , tidak perlu ditanggalakan. Masalah hilang butang baju selesai.

• “Premium Close Stitching” – Kualiti Jahitan Premium setaraf jenama antara bangsa.

• “Bar Tack Stitching Technology” – Bagi mengukuhkan dan mengelakan kurta terkoyak.

• “Blazer Style Button Hole” – Citarasa Premium

• “Hybrita Cotton” Tidak berbulu , Ironless , Selesa dan tidak panas.

• “2018 New Colour” 10 warna pilihan yang pastinya akan menawan hati anda.

• “Ready Stock” Available offline (butik) and online.

• “Couple Set Ready” Cirgaro Apparel juga bakal mengeluarkan Baju Kurung Moden yang sama warna (sedondon) dengan Kurta Teluk Belanga 2018

Pilihan warna Kurta Teluk Belanga

5. Harga Murah dan Berpatutan

Selaras dengan peraturan Kerajaan yang terkini. Para pembaca terperlu nak PM kat ruangan comment di bawah nak tahu harga semua.
Semua maklumat mengenai Cirgaro Apparel saya akan kongsikan secara direct di sini.

Kurta-Teluk-Belanga-Mangosteen-Purple-Pose

Dengan semua features yang dinyatakan di atas, pastinya ramai akan beranggapan Kurta ini mempunyai price tag yang premium. Salah – Harga Kurta ini adalah RM99 sahaja termasuk GST.

Satu perkara lagi yang saya nak mention. Hampir semua busana Cirgaro Apparel dihasilkan berpasangan. Maksudnya couple set / sedondon. Termasuk Kurta Teluk Belanga nie. Pada hujung bulan nie mereka bakal mengeluarkan Baju Kurung Moden

Dan persoalan yang bermain di benak pembaca ketika ini, tentulah bagaimana nak mendapatkan kurta ini, kan?

Ada pelbagai cara:

Walk in ke butik mereka yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Google atau Waze Cirgaro Apparel

Alamat penuh:

Cirgaro Apparel, Lot F4A Level 1, Plaza Shah Alam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah

Atau klik link ini untuk mengetahui di mana Butik Cirgaro™:

https://goo.gl/maps/b2pXnr1Bi1D2

Beli online melalui website mereka di:

Website: https://www.cirgaro.com

Kalau nak usha-usha dan follow mereka di:

Instagram Cirgaro : https://www.instagram.com/cirgaroapparel
Blog : https://cirgaro.com/blogs/news
Facebook Cirgaro : https://www.facebook.com/cirgaroapparel
Youtube Cirgaro : https://www.youtube.com/channel/cirgaroapparel

Kurta-Teluk-Belanga-Indoor-Emerald-Green-Pose

Kurta-Teluk-Belanga-Dark-Blue-Pose

Kurta-Teluk-Belanga-Dusty-Pink-Pose

Kurta-Teluk-Belanga-Emerald-Green-Pose

Kurta-Teluk-Belanga-Executive-Grey-Pose

Kurta-Teluk-Belanga-Indoor-Maroon-Pose

Kurta-Teluk-Belanga-Indoor-Soft-Brown-Pose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Radio VOKfm Bakal Mulakan Siaran Mulai 16 September Ini

RINGGIT SENSE Kupasan Isu Ekonomi & Pengurusan Kewangan Untuk Generasi Muda