in ,

Radio Hot FM Radio Nombor Satu di Malaysia

Tahniah buat Hot FM kerana berjaya telah menjadi radio nombor SATU di Malaysia!

Dalam jangkamasa yang singkat, Hot FM dan Fly FM telah membuktikan bahawa kehadiran mereka dalam bidang penyiaran radio telah berjaya mendominasi industri tersebut di Malaysia. Hasil kajian terbaru yang dijalankan oleh Nielsen Media Research jelas menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan yang berjaya dicapai oleh stesen-stesen radio milik Rangkaian Radio Media Prima.

CATATAN KAJIAN YANG MEMBERANGSANGKAN

Hot FM telah merekodkan peningkatan pendengar secara konsisten dan kini merupakan stesen nombor 1 Malaysia *bagi pendengar secara purata, stesen nombor 1 untuk lingkungan bawah umur 34 tahun dan merupakan stesen nombor satu negara bagi pasaran di bandar-bandar utama secara terkumpul: KL/PJ, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh. Menurut kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Media Research (NMR), Hot FM kini berjaya mencatatkan kenaikan pendengar dari 2.9 juta dalam tahun 2006 ke 4.3 juta pendengar.

Persaingan sihat dan ternyata sengit dikalangan radio tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila Hot FM AM Krew (yang dihoskan oleh Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007, Fara Fauzana & Faizal Ismail) kini program radio nombor 1 di Malaysia dengan mencatatkan jumlah kenaikan sebanyak 19% dari kajian yang lalu.

FAKTA Hot FM
• Stsesn nombor satu secara keseluruhan bagi pendengar secara purata

• Stesen nombor satu bagi lingkungan umur bawah 34 tahun

• Hot FM AM KREW yang dihoskan oleh Penyampai Radio Popular ABP Berita Harian 2007, Faizal Ismail dan Fara Fauzana merupakan program radio nombor satu Malaysia

• Stesen nombor 1 untuk pasaran utama secara terkumpul: KL/PJ, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh.

• Hot FM mencatat angka tertinggi untuk golongan isi rumah yang memiliki pendapatan terkumpul sebanyak RM5,000 sebulan ke atas berbanding radio pesaing

• Hot FM mencatat angka tertinggi bagi kumpulan sasaran pelajar serta pekerja kolar putih, berbanding pesaing utama.

• Hot FM mencatat jumlah “jangka masa mendengar” lebih tinggi berbanding pesaing terdekat, iaitu 10.4 jam.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Tahniah!…memang ‘HANGAT’….Tetapi memang tak heran FM boleh jadi no 1…semua penyampai selebriti popular di kaca TV pun jadi pengacara…Lepas tu dibawah syarikat Media Prima pulak yang sentiasa membuat promosi seperti Jom Heboh di seluruh Malaysia….Maka tak heran dalam masa singkat menjadi kegemaran.Kesimpulannya Kalau nak rating tinggi mesti ada ‘media lain’ terutama elektronik terutama stesen TV tolong buat ‘promosi’ besar – besaran!!!

  2. Kalau nak cakap soal kreativiti dan pengisian rasanya Radio 24 lah yang sepatutnya no 1, kerana segala maklumat yang ada menjadi keutamaan.Tetapi di sebabkan DJ -DJ nya bukan selebriti popular, maka tidak lah sepopular Hot FM, Era FM dan Sinar FM @ Suria FM. Walau apapun ‘salute’ dengan kegigihan Suria FM….walaupun tidak ada media elektronik seperti stesen TV yang membuat promosi seperti Media Prima (TV3,TV9,ntv7,8tv dan stesen radio lain) ,( Astro, Ria, Prima, Kirana, Awani dll)….serta DJ -DJ dikalangan orang biasa (bukan selebriti) tetapi tetap berjaya menempa nama di persada arus penyiaran…Mungkin kebijaksanaan ‘pengurusan’ mampu meningkatkan lagi kejayaan!!

  3. actually, yg mana satu betul??ERA FM kata,mereka masih no.1.Mereka kata ,walaupun peratusan pendengar mereka telah menurun,mereka masih lagi No.1!!! Kami confuse lah! Apa2 pun,tabik spring pada Suria Fm,yg walaupun takde langsung exposure dari media elektronik ,tetapi,berjaya memperolehi pendengar2 baru tahun demi tahun dgn cara mereka sendiri.

  4. bcoz le hot.fm ….. peratus turun pasal rancangan pagi ntah pe2… jerit pekik amende je…. apek buat cerita cikgu pun tak bermoral… tambahan si nana gedik tu….

    betul kata linda…..

  5. klu hot fm no1 pun aku xheranlah…
    sbb gune idea dri radio lain..
    name program pun hmpr same ngan semue radio kat malaysie nie..
    penyampai pun dari radio lain..
    xheranlah…
    per2 pun aku xdgr hot fm bosan…
    sorry..

  6. erm dunno..xpela..bgila plak radio lain naik..era dah lama dah bertakhta..di atas..bgi plak stesen radio lain naik..bukan menyedaokan hati..tapi dah nak buat camner kan..pendengar dah g beralih ke lain..xper..hidup umpama roda..kejap di atas kejap di bwh..but beware..jgn sampai Sinar .FM plak yg ambil alih..Sinar FM pun hebat juga..ramai juga pendengar dia…tunggu masa jer kot..

  7. Seelan, FaFau, Faizal FBI dan Kieran bekas ERA gak. Cuba Hot FM pakai DJ baru… takkan jadi nombor satu gak. Cuba sangkal kenyataan nie… ada berani?

  8. aku sokong mafia..kalau orang baru pasti lingkop..hehehheh..tapi apa2 aku tetap suka sinarfm memang world….dengan lagu lama2 lagi best dari lagu baru tah apa tah…

  9. aku peminat setia hotfm especially fafau….peduli ape dgn komen buruk org 2! mmg dari dulu tak penah puas ati dengan hotfm…untuk korang yang tak dengar n tak minat nak layan radio ni,korang tak payah la sibuk2 nak marah2…pe pun,buat hotfm,teruslah jadi radio yang best dihati pendengar….kitorang setia!!!!cayo2!!hotfm boleh!!!TAHNIAHHHHH!!!

  10. AKU SALAH SATU PEMINAT HOTFM BEST GILER TAU HOT FM PALING AKU SUKA DENGAR SEBAB DIA ADA MENDEGARKAN LAGU-LAGU LAMA CAMPUR BARU BEST SGT.KEPADA PEMINAT HOT FM SENTIASALAH MENYOKONG RADIO MALAYSIA KITA HOT FM.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lafaz Cerai Pelik Mazidul Akmal Sidik

Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan